Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

5 Langkah Masak Bubur Nasi Lembut Dan Sedap

5 Langkah Petua Masak Bubur Nasi Lembut Dan Sedap. Hari ini admin akan share petua buat bubur nasi lebih lembut dan sedap. Pepagi tadi hero kecik cakap nak makan bubur nasi aje untuk makan tengahari. Bila check peti ais banyak benda tak ada. Tak ada telur masin, tak ada kangkung atau sayur hijau, macam-macam tak ada.

Tapi, senang aje dia jawab. Dia nak bubur nasi aje, tak nak sayur atau lauk. Haha..., simple kan budak lelaki. Makan apa ada, tak cerewet.


5 Langkah Masak Bubur Nasi Lembut Dan Sedap
Bubur nasi lenbut dan sedap, gambar Goigle

So, admin cadang nak buat bubur nasi lembut dan lemak, letak santan sikit. Mari kita tengok resepinya atau cara-caranya yang teramat mudah.

5 Langkah Petua Masak Bubur Nasi Lembut Dan Sedap


Bahan-bahan:
(Cara masak guna periuk nasi)

1 pot beras (untuk periuk nasi saiz 6 pot punya)
Air
Sedikit garam
Sedikit santan cair (jika suka)

5 langkah masak bubur nasi lembut dan sedap


1. Basuh beras hingga bersih. Ukur air separas garis tengah jari, dari aras beras tersebut. Taburkan sedikit garam untuk naik lemak rasanya.

2. Biarkan nasi masak macan biasa.

3. Bila dah masak, lenyek kan nasi sampai lembut.

4. Kemudian masukkan 1 cawan air panas atau santan cair yang dibancuh dengan air panas. Kacau rata.

5. Setkan periuk nasi pada mode porridge, biarkan lembut. Jika nak lebihkan lembik, tambah kan air ikut citarasa.


Gambar, ehsan Google

Dah siap bubur nasi lembut dan sedap untuk hero kecil admin. Kalau anda biarkan bubur nasi itu masak sendiri, memang makan masa. Tapi jika nak cepat, anda kena lenyek macam yang admin tunjukkan langkahnya kat atas tu. Gerenti bubur nasi cepat masak, lembut dan sedap.

Oh ya, oleh kerana hero admin tak suka sayur dan telur masin, admin gorengkan ayam dan hotdog, kemudian siat kecil-kecil. Selera benar dia makan, sampai 3 mangkuk sekaligus!

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Kadang2 buat jugak bubur nih... Tapi saya lebihkan air skit sbb periuk xde mode porridge tu... Sambil tu masukkan isi ayam, kentang & karot dadu... Buh santan skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak cara buat bubur nasi, letak santan pun sedap. Tq for info..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close