Mutiara Kata Buat Pasangan Bahagia. Semua orang impikan kebahagiaan. Walaupun anda solo, telah berkahwin dan kembali solo, semuanya inginkan akhiran hidup yang bahagia. Justeru, bahagia adalah pilihan, kita yang membuat pilihan tersebut dan ia datangnya dari pemberian Allah kepada hambaNya. Namun, kita harus memilih persekitaran hidup yang positif untuk mencapai hasrat mengecap bahagia.
Dalam tulisan kali ini admin nak kongsikan koleksi mutiara kata untuk pasangan bahagia dan juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka yang sedang mencari pasangan.
Sebelum itu, admin nak pesan sikit, dalam mencari pasangan yang betul pilihlah pasangan yang memiliki ciri-ciri yang Rasulullah pesan iaitu lihat agamanya, keturunannya, kecantikan dan hartanya. Dalam semua perkara rersebut, jika ia menenangkan hati dan membuatkan kamu rasa dihargai dan dihormati, pilihlah dia.
Antara koleksi yang admin dapat kumpulkan adalah seperti berikut:
1. Bahagia bukan memiliki semua yang kita cintai tetapi bahgia adalah apabila kita mencintai semua yang kita miliki.
2. Bahagia yang sebenarnya adalah untuk dirasai oleh pasangan dan bukannya di pamerkan di merata tempat terutamanya di media sosial.
3. Tiap orang ada cara tersendiri membahagiakan dirinya serta pasangan. Pasangan yang memahami mengenai makna bahagia, mereka tidak akan berlebihan untuk menunjukkan kalau mereka bahagia, kerana tafsiran bahagia kita belum tentu boleh membuat orang lain ikut berbahagia.
4. Cinta itu tak perlu harta dan kata-kata, ia hanya perlukan pengorbanan dan bukti, carilah pasangan yang membuat orang tuanya bahagia bukan pasangan yang bangga kerana kekayaan orang tuanya, percayalah pada pasangan mu, kerana dia mampu menjadi yang terbaik untuk mu.
5. Ada perkara yang tidak boleh dikembalikan dalam hidup ini. Pertama, ayat yang telah diucapkan. Kedua, momen yang terlepas. Ketiga, masa yang telah hilang. Jadi, jagalah tutur kata, lukiskan kenangan terindah dan hargai masa untuk pasangan anda, ketika mereka masih ada.
6. Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada anaknya, katanya; "Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".

Mutiara Kata Buat Pasangan Bahagia

Mutiara kata buat pasangan bahagia yang admin nukilkan di atas adalah sebagai kata nasihat untuk diri sendiri juga, sahabat, saudara muslim yang di hatinya penuh cinta sesama manusia untuk mengaut redhaNya.
Kekalkan lautan kasih sayang sesama pasangan, walau pun usia semakin menginjak senja, saling nasihat menasihati kerana makanan iman yang terus segar adalah bila ia dibaja dengan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang berkat dan amalan baik yang berterusan.
Wallahua'lam.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.