Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Roti John Segera Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Roti John Segera Buat Sendiri Di Rumah. Special sikit tajuk resepi admin kali ini. Nak ajar buat roti john simple tapi sedap sampai tak cukup nak kena buat berkali-kali. Haha..

Resepi ini adik perempuan admin yang ajar dan sama-sama buat ketika cuti sekolah dulu. Sambil buat sambil masuk mulut, macam mana nak slim.., tak gitu?

Resepi Roti John Segera Buat Sendiri Di Rumah

Cerita perihal slim dan diet, anda boleh baca artikel yang berkaitan kat bawah ni:


Baca: KOLEKSI DIET DAN TIPS SIHAT


Resepi Roti John Segera Buat Sendiri Di Rumah


Anda kena sediakan roti John yang dah siap di beli untuk memudahkan kerja memasak dan makan roti John dengan pantas. (Admin tak ajar cara nak buat roti nya.. sori ekk) 

Resepi di bawah ini admin dapatkan daripada koleksi blog Azie Kitchen dan Cik Matahariku. Semoga kita semua dapat buat roti john sendiri kat rumah, ya...

**Anggaran : 1 bungkus roti John

Bahan-bahan untuk isi roti John:

2 biji telur
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
garam gula secukup rasa
Daging/ayam cincang
1 tangkai daun sup - dicincang halus
Timun - dipotong nipis sebagai perhiasan



Cara Menyediakan Roti John Segera Buat Sendiri Di Rumah


1. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging, serbuk kari dan garam dan gula secukupnya. Masukkan daun sup untuk rasa lebih segar.

2. Biar daging masak dulu. Tutup api.

3. Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.

4. Sediakan roti secukupnya. Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.

5. Sapu permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper tadi. Buat sehingga habis semua roti.

6. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, ambil satu senduk kecil inti tadi dan letak atas kuali leper.

7. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti itu. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti sekejap. Dah siap. Mudah tak? (Kalau makan lagi mudah..hihi)

8. Ulang buat untuk roti yang kedua pulak dan seterusnya.

9. Letak sos cili, sos salad dan mayonis kegemaran anda. Sisipkan timun, jika suka.



Selamat mencuba roti John buat sendiri di rumah. Nak inti banyak atau sikit, terpulang. Kita yang nak makan, betul tak?😁😁😃

Roti john yang bagus adalah roti john yang agak kenyal dan tidak terlalu rapuh, tak rangup sangat. Kena pilih roti john yang sesuai. Biar kekal lembut selepas di paanskan atas kuali leper tadi. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close