5 Tips Bagaimana Menjadi Muslimah Produktif. Tulisan Hana Ulya Ahmad adalah untuk slot "PENULIS JEMPUTAN" di blog ini. Sebagai menghargai usaha beliau, admin berikan RM70.00 bayaran saguhati sebagaimana terma & syarat yang dipersetujui. Anda mahu jadi penulis jemputan di blog kami? Isikan maklumat di sini.
5 Tips Bagaimana Menjadi Muslimah Produktif
Pernahkah kita terfikir, bagaimana nak jadi wanita yang produktif?
Sebagai seorang wanita muslimah, hidup di zaman yang serba mencabar dengan tanggungjawab yang pelbagai, kita perlukan panduan dan tips yang berkesan untuk bertindak secara proaktif & produktif.
Muslimah yang produktif ialah mereka yang mampu menggalas dan melaksanakan tanggungjawab & amanah dengan sebaik mungkin. Mereka juga berjaya menguruskan tekanan dengan baik. Menghasilkan hasil kerja yang bermutu. Segalanya dilakukan dengan tujuan mencari kecemerlangan di dunia & bahagia di akhirat.
Untuk itu, kali ini ingin berkongsi 5 tips bagaimana setiap muslimah boleh menjadi wanita yang produktif & cemerlang.
1. Niat yang Ikhlas
Untuk memulakan sesuatu perkara, niat yang jujur dan ikhlas amat penting. Setiap pekerjaan atau perkara tanpa dimulakan dengan niat yang betul, tidak dapat memberikan hasil yang terbaik. Untuk menjadi muslimah yang produktif, tanamkan dalam diri kita niat untuk melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin supaya setiap tindakan kita ada manfaat dan hasil yang positif.2. Bertindak Proaktif
Untuk menjadi produktif, kita seharusnya bertindak proaktif. Proaktif bukanlah bermaksud sibuk tanpa tujuan yang jelas. Sibuk juga tidak semestinya menunjukkan seseorang itu seorang yang proaktif. Jadi bagaimana mahu jadi proaktif? Tumpukan fokus dan tenaga kita ke arah perkara yang memberi manfaat kepada kita dalam mencapai matlamat hidup.3. Tambah Ilmu Pengetahuan
4. Hargai Masa
Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah yang menyatakan: “Jika Allah menginginkan kebaikan untuk hamba-Nya, Dia menolongnya dengan waktu dan membuat waktunya sebagai penolong baginya”. Muslimah yang produktif adalah muslimah yang menggunakan waktunya sebaik mungkin. Manfaatkan setiap masa dengan cara melakukan perancangan & jadual untuk aktiviti harian. Masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan adalah kerugian yang besar dalam hidup seorang Muslim.5. Muhasabah Diri
Setiap kali berakhirnya hari, ambil masa untuk refleksi diri. Semak kembali adakah masa kita digunakan sebaik mungkin sepanjang hari? Biasakan diri dengan catatan jurnal untuk koreksi diri. Jika ada kelemahan yang perlu diperbaiki, usahakan untuk ditambahbaik. Fikirkan solusi untuk manfaatkan setiap detik masa yang berlalu agar apa yang kita impi menjadi realiti.Semoga 5 tips menjadi muslimah produktif yang kami kongsikan kali ini mampu membantu pembaca menjadi Muslimah yang produktif dalam menjalani hidup yang berkualiti.
Tulisan: Hana Ulya Ahmad
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.