Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dividen KWSP Bagi Tahun 2016 Adalah 5.7%

Dividen KWSP 2016 berjumlah 5.7%. Pihak KWSP mengistyharkan dividen tahunan syarikat kepada 5.7%. 

Sebelum ini para penganalisis berpendapat bahawa dividen KWSP mungkin cecah 6.0%. Namun dari sumber bernama menyatakan dividen KWSP 2016 adalah 5.7%. Hampir setiap dana pencen dan pelaburan terjejas akibat daripada kesan penurunan harga minyak dunia yang jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah pada US$28 (US$1 = RM4.44) setong pada Januari, ditambah dengan penyusutan nilai ringgit yang ketara dan referendum 'Brexit' (Britain keluar dari Kesatuan Eropah).


Dividen KWSP Bagi Tahun 2016 Adalah 5.7%  


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun mengumumkan dividen tahun penuhnya bagi 2016 adalah 5.7% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM37.08 bilion.

Bagi 2015, dana pencen itu mengisytiharkan dividen 6.4 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM38.24 bilion.

Bagi 2016, dividen yang diberikan pastinya mencerminkan sentimen lemah dalam pasaran domestik dan ekuiti asing.
Dividen KWSP Bagi Tahun 2016 Adalah 5.7%


KWSP juga turut terkena tempiasnya kerana ia merupakan pelabur utama dalam Bursa Malaysia dengan wajaran besar dalam saham perbankan, perladangan dan minyak dan gas, yang mencatatkan kerugian besar.

Kita berharap tahun hadapan dividen akan meningkat dan lebih baik lagi. Ekonomi negara juga bertambah baik hendaknya demi kelangsungan hidup rakyat di negara ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close