Kunci Sebenar Untuk Dapat Hati Senang Jiwa Tenang. Hidup yang penting adalah ketenangan, kebahagiaan dan kekayaan (yang luas maksudnya), untuk dapat senang hati dan menjalani aktiviti harian dengan jayanya. Macam mana hati dan jiwa dan senang jika dalam hati penuh macam-macam andaian yang negatif.
Ikut cara saya jaga tenang jiwa dan senang hati? Cara saya simple je, setiap pagi sedekah al Fatihah kepada Rasulullah, suami, ibu bapa sendiri dan mertua, anak-anak, umat Islam seluruh dunia dan tak lupa kepada diri sendiri. Ucapkan dengan yakin dan ikhlas. Ketenangan akan datang menyelinap dalam hati, dalam sanubari. Tak caya? Cuba amalkan...
Coretan dibawah mungkin bokeh kita jadikan motivasi untuk hidup lebih tenang dan senang hati. Perjalanan hidup di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Jalani hari-hari mu dengan sikap yang menggembiran diri sendiri disamping boleh menceriakan orang lain juga. Two in one, orang kata.
Antara kunci jiwa tenang dan hati senang adalah:
TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.
TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa. Selalu tak putus mengucap, Alhamdulillah. Walau mendapat rezeki yang sedikit.
BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.
SELALU SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka. Ermm.., memang boleh tersenyum bila terluka tetapi dengan syarat, anda lakukannya dengan kesedaran bahawa Allah akan gantikan luka itu dengan kesembuhan yang lebih manis. Yakin, Allah sedang merawat luka anda.
SELALU MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.., antara sedekah paling mudah adalah dengan hadiahkan senyuman dengan ikhlas. Lagi satu, sedekah kan al Fatihah kepada mereka yang kita sayangi. Lakukan dengan displin setiap hari, setiap pagi. Insyaa Allah, hati akan tenang dan jiwa akan redha.
DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...
TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..
MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan
HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.
Semoga coretan motivasi kunci sebenar untuk dapat hati senang dan jiwa tenang itu memberikan anda inspirasi berbuat kebaikan dalam hidup anda. Luaskan fikiran dan ingat selalu, Allah yang menjadikan kita, mengapa tidak kita serahkan semula masalah kita kepada Allah untuk Dia selesaikan. Wallahua'lam.

Kunci Sebenar Untuk Dapat Hati Senang Jiwa Tenang

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.