Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalkan Baca Surah al-Mulk Bakal Selamatkan Kita Dari Seksa Kubur

Amalkan Baca Surah al-Mulk Selamatkan Kita Dari Seksa Kubur. Surah al Mulk boleh bantu ringankan seksa kubur. Itu yang saya dengar dan baca dari buku-buku agama. Ustaz pun ada ceramah masa kat asrama dulu tentang kepentingan surah al Mulk.

Surah Al-Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Amalkan Baca Surah al Mulk Bakal Selamatkan Kita Dari Seksa Kubur

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Amalkan Baca Surah al-Mulk Bakal Selamatkan Kita Dari Seksa Kubur


Bila masa sesuai baca surah al Mulk ini?

Waktu terbaik membaca surah al Mulk adalah sewaktu sebelum tidur. Iaitu dibaca pada malam hari..

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kelebihan Surah Al-Mulk


Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat(mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, antaranya..

Di dalam kubur orang yang telah mati paramalaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. 

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

Bahawa diharapkan bagi yang membaca/ menghafal surah ini akan mendapatkan keutamaan yang agung iaitu syafaat di hari akhirat. Dan ia memberikan syafa’at dengan izin Allah, melindunginya dari azab kubur, dan juga secara khusus pada malam hari, atau sebelum tidur. Jika seseorang berusaha untuk meraihnya, maka itu baik baginya, insya Allah.

Sumber rujukan:

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. We should also memorize Surah Mulk ( Surah Al Mulk ) so that we can recite it on daily basis. Since Surah Mulk ( Surah Al Mulk ) has only 30 verses ,we can memorize entire Surah in one month by memorizing just one verse per day. This is not a big task but there are countless benefits.

    ReplyDelete
  2. Surah Yaseen is the heart of the Quran, revered for its profound meanings and spiritual significance. It speaks of divine mercy, resurrection, and the power of Allah's word. Reciting it brings peace and blessings, guiding believers towards righteousness and understanding of life's purpose.

    ReplyDelete
  3. Surah Yaseen is the heart of the Quran, It speaks of divine mercy, resurrection, and the power of Allah's word.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close