Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Sambal Belacan Yang Sedap Dan Lazat

Aneka Resepi Sambal Yang Sedap Dan Lazat. Sengaja saya buat koleksi aneka resepi dalam entri kali ini supaya mudahkan anda pembaca yang tersayang untuk menyediakan resepi sambal kegemaran dalam satu tempat. Anda cari satu resepi tetapi boleh dapat lebih dari itu. Kerja memasak pun jadi mudah. Secara tak langsung mudahkan urusan rumahtangga yang lain seperti membasuh, mengemas dan menjaga anak-anak.

Aneka resepi sambal yang saya kongsikan adalah koleksi daripada majalah Saji, Rasa, Mingguan Wanita dan banyak lagi. Ada juga yang saya ambil dari blog masakan, seperti Mat Gebu dan sebagainya. Tetapi saya hanya pilih resepi yang mudah dan pernah saya cuba. Kalau resepi yang agak complicated dan bahan-bahannya sukar dicari.. memang saya tak masukkan dalam senarai resepi dibawah. Semoga bermanfaat.

Aneka Resepi Sambal Yang Sedap Dan Lazat


Bagi anda yang baru nak belajar buat sambal, meh baca dan praktikkan resepi di bawah. Semuanya mudah-mudah belaka.

1. Resepi Sambal Cili Hijau 


Sambal cili hijau diperbuat daripada cili padi dan ditumis seperti sambal cili kering juga. Bezanya jika biasa buat sambal warna merah, kini sambal kita warna hijau pula. Resepi sambal cili hijau saya kongsikan daripada blog en Mat Gebu.

Resepi Sambal Cili Hijau
Resepi Sambal Cili Hijau dari Mat Gebu

Bahan-bahan:

1 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang holland, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (jika suka)


Bahan-bahan untuk dikisar


150 gram cili hijau
10 biji cili padi hijau kampung
1 kiub ikan bilis
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

Cara menyediakan sambal cili hijau


1. Dalam alat pengisar (blender), masukkan bawang merah, bawang putih, kiub ikan bilis dan buah keras. Tuang sedikit air dan kisar hingga halus. Tambah cili padi dan cili hijau (patah2kan) dan kisar sekejap, tak perlu sampai cili terlalu lumat, setakat hancur sudah memadai. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar tadi, masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 

3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis (toskan dan perah). Kacau rata.
4. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Masukkan hirisan bawang holland. Kacau dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. 

5. Hidangkan bersama ubi rebus, lemoeng kelapa, jangan lupa baca bismillah, ok, sebelum santap.....

2. Resepi Sambal Hitam Pahang 


Sambal hitam disebut juga sambal hitam Pahang atau sambal hitam belimbing buluh, kerana bahan asas sambal hitam adalah dari belimbing buluh. Mungkin kerana sambal hitam asalnya dari Pahang, maka ia lebih terkenal di sana berbanding di Negeri Johor. Resepi Sambal hitam ini saya kongsikan daripada blog Inamurni.

Resepi Sambal Hitam Pahang
Contob gambar sambal hitam 
Bahan-bahan

10 biji belimbing buluh.
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan serta dikupas.
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara buat sambal hitam Pahang


  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  5. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  6. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

3. Resepi Sambal Tok Tok @ Totok Jawa


Sambal tok tok @ totok adalah sambal belacan ringkas yang boleh dihasilkan dengan belacan atau ikan bilis. Ia ditumbuk dengan lesung agar ketika membuatnya sambal atau cili tak hancur habis, agak kasar sedikit dan masih ada bentuk cili dan ikan bilisnya.

Anda boleh tengok resepinya, disini.

"Resepi Sambal Totok Jawa"

Resepi Sambal Tok Tok @ Totok Jawa


4. Resepi Sambal Tomato


Sambal tomato atau disebut juga sambal tomat saya kenali sejak tahun 2000 lagi, ketika itu seorang kawan mengajak saya makan dan dia mesti ambil sambal tomato yang kelihatan cair dan ada banyak tomato dalamnya. Sambal tomato sedikit manis kerana ada buah tomato di dalamnya. Tapi masa tu, saya tak makan pun.., tetapi bila enam tahun kebelakangan ini nasi ayam penyet begitu popular, saya baru mula mencubanya. Ya, saya sukakannya.. hihi


Resepi Sambal Tomato Sedap
Gambar Resepi Sambal Tomato Sedap

Bahan-bahan

2 biji tomato segar
Sebiji limau nipis
Cili padi 5 biji (kalau nak lagi pedas tambah banyak-banyak cili padi)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Belacan 5cm
Sebiji bawang

Cara penyediaan sambal tomato 


1. Panaskan minyak, goreng 2 biji tomato segar selama 1-2 minit (api jangan terlalu kuat).

2. Garam, gula, bawang merah, belacan, cili padi ditumbuk hingga halus dan kemudian masukkan tomato yang telah digoreng tadi dan tumbuk bersama. 

3. Setelah selesai ditumbuk, masukkan ke dalam mangkuk. 

4. Perahkan sebiji limau nipis ke atas sambal tomato tadi.

Jika suka, anda boleh juga potong dadu tomato tersebut dan campurkan dalam bahan lain yang telah ditumbuk tadi. Sambal tomato biar cair sedikit. Baru ada umhhh..

5. Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Dalam keluarga kami, kakak saya pandai buat tempoyak dan juga pandai makan tempoyak. Saya memang kurang gemar tempoyak. Tak biasa makan kut.., tapi kalah ada orang masakkan.. saya makan juga. Sekadar merasa. Tidaklah sampai terliur jika tak dapat makan....

Resepi tempoyak kan bilis


Bahan bahan:

2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:


8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi - iku pedas disukai
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara-cara menyediakan sambal tempoyak ikan bilis


1. Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan

2. Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.

3. Tambah sedikit air dan kacau hingga pekat. Perasa garam dan gula dan akhir sekali masukkan bilis yg telah digoreng tadi, kacau sebati.

4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

6. Resepi Sambal Belacan Cili Merah


Sambal belacan cili merah lebih sesuai untuk anak-anak atau ahli keluarga yang takut pedas, maknanya sambal belacan ini kurang pedas. Warnanya je merah menyala tetapi rasanya tak terlalu menyengat...

Resepi Sambal Belacan Cili Merah

Bahan-bahan
Cili merah 6 batang (buang biji & hiris halus)
Bawang Jepun 1 biji (hiris halus)
Lemon 1-2 biji (amik jus)
Belacan 1 sudu teh
Gula & Garam secukup rasa


Cara-cara menyediakan sambal belacan cili merah


1. Masukkan cili, bawang yang dihirs & belacan dalam blender/mini chopper. * Klu nak tumbuk pun boleh, tapi bagi lumat bebetul..

2. Blend sampai lumat, masukkan gula & garam, dan blend lagi

3. Kemudian masukkan jus lemon, perasakan ikut citarasa, lagi banyak jus lemon lagi sedappp!!

4. Sedia untuk dihidang, bau sambal belacan ni pun dah meningkatkan selera makan, bertambah-tambah makan nasi sambil cicah sambal & ulam.. 

Itulah sebahagian resepi sambal yang mudah dan lazat yang saya kongsikan untuk rujukan anda semua. Saya akan kemas kini resepi sambal yang lain, yang jarang dibuat.. atau yang yang unik dari semasa ke semasa.

Selamat memasak. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close