Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Renungkan! Dunia Bukan Tempat Tinggal...

Dunia Bukan Tempat Tinggal, sebaliknya dunia adalah tempat meninggal! Renungkanlah.. betapa dalam dan bermaknanya nasihat yang diberikan seseorang. Maka, jangan terlalu asyik menggali dunia hingga terleka untuk menempah rumah akhiratmu. Usah dikumpul harta seluas lautan dan setinggi gunung kerana sekali dijemput panggilan maut, itu semua sekadar berterbangan seperti debu, tidak bererti langsung.

Bacalah kisah di bawah, contoh yang diberikan begitu mudah meninggalkan keinsafan kepada sesiapa yang membacanya...


Renungkan! Dunia Bukan Tempat Tinggal...


Renungkan! Dunia Bukan Tempat Tinggal...
Gambar ehsan Google

Kisah yang menyedarkan...

Sewaktu sedang berjalan-jalan di kota Madinah, hamba Allah ini didatangi oleh seorang pekerja..

Salah seorang pekerja Indonesia di kedai kurma tersebut beri nasihat/targhib.

"Dunia kita kumpul untuk di tinggalkan....tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk di datangi kerana kita akan pulang ke sana...

Bila kita kumpul dunia banyak-banyak, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia..sebab CINTA DUNIA dah kuat.

Bila nampak harta benda yang kita dah kumpul..., itu yang takut dan terasa berat nak mati...

Tapi bila menambah bekal akhirat banyak-banyak, tak sabar nak balik akhirat sebab harta dah hantar banyak-banyak ke sana..

Itu yang mati tersenyum gembira.., rasa senang nak mati.

Contohnya, macam kami ni kerja di Saudi tapi wang di hantar ke Indonesia.., rasa tak sabar nak pulang ke Indonesia kerana wang telah di hantar ke sana dan telah di bina rumah di sana..

Begitulah Akhirat..., kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..

Mahligai pun telah tersedia.., rasa tak sabar nak balik Akhirat..."

Begitu nasihat dari bapak Indonesia pekerja kedai kurma..

Kerana hamba Allah itu kuat sangat fikir Dunia, maka Allah hantar orang kedai kurma sekolahkan beliau sedikit, bagi sedikit peringatan dan tazkirah......

Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Terima Kasih Allah kerana bagi kami Peringatan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close