Resepi Apam Kelapa Yang Simple. Kuih apam menjadi antara makanan sarapan yang begitu sinonim dengan kami sekeluarga. Mana tidaknya, kedua ibu saya (kandung dan mertua) memang suka menyediakan apam kelapa atau apam kukus ini. Dah lah mudah, cepat dan semua orang pun suka.
Apam kelapa simple ni atau apam kampung, biasanya bonda saya buat warna putih aje. Itu pun dah cukup sedap. Kemudian makan panas-panas dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Kadang-kadang tu curi makan kelapa parutnya aje.. hihi..
BAHAN-BAHANNYA
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras (kalau tak letak pun tak apa)
75 gram gula perang (brown sugar) atau gula merah
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

Resepi Apam Kelapa Yang Simple
BAHAN-BAHANNYA
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras (kalau tak letak pun tak apa)
75 gram gula perang (brown sugar) atau gula merah
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam
Cara menyediakan apam kelapa yang simple
- Gaul rata tepung dan tepung beras dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil-bintil.
- Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
- Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit ( balut penutup kukus dengan kitchen towel supaya wapnya tak keluar. Apam cantik gebu..). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi.
Apam kelapa yang simple ni, kalau nak buat berwarna warni, asingkan bancuhan kepada tiga warna.., contohnya warna hijau, pink dan kuning. Masukkan dalam cup dan kukus. Sama caranya macam buat satu warna di atas tu ya..
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.