Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ketam Masak Tomato

Resepi Ketam Masak Tomato. Dalam entri resepi yang dikongsikan kali ini, saya nak share resepi ketam. Dah lama saya tak masak ketam. Bukannya apa, malas nak makan dengan kulit yang agak keras dan tebal, kemudian isinya pula sikit aje.. sedap di ratah gitu aje. Kalau nak makan dengan nasi, leceh sikit sebab buang masa kerjakan ketam je kan.. hero kecil pulak kalau makan nak kita yang kopekkan, memang kurang sabar eden.. hihi

Tapi, apa salahnya berkongsi resepi, jika ada yang nak masak ketam.., resepi berikut iaitu Ketam Masak Tomato mungkin anda gemari kerana cara menyediakan yang amat ringkas.

Jom tengok cara mudah menyediakan ketam masak tomato dengan bahan-bahan yang senang didapati di dapur anda.


Resepi Ketam Masak Tomato 

(Sumber: Majalah Saji)


Resepi Ketam Masak Tomato


Bahan-bahan:

3 ekor ketam
3 cm halia - ditumbuk
7 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil cili pes
3 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap sotong
Minyak masak
Garam
3 biji tomato - dibelah 4 untuk hiasan


Cara menyediakan Ketam Masak Tomato yang simple


1. Tumiskan halia dan bawang putih dengan pes cili, sehingga naik bau

2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, gula dan kicap sotong. Biarkan ia seketika.

3. Kemudian, masukkan ketam dan biarkan selama 15 minit.

Siap untuk dihidangkan. Boleh juga untuk diratah hidangan ketam masak tomato di atas.

Selamat mencuba. Anda boleh juga tambahkan potongan bawang besar yang di belah empat untuk menambahkan rasa manis ketam masak tomato anda.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close