Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Usahlah Memandang Hina Orang Lain Seolah Amalanmu Paling Diterima

Usahlah Memandang Hina Orang Lain. Usahlah bersangka Seolah Amalanmu Paling Diterima Allah. Sedangkan tahukah kamu amalan yang mana satukah diterima? Segala tulisan dalam artikel ini adalah sebuah coretan peringatan kepada diri sendiri, sahabat handai dan rakan pembaca blog ini.

Sebagai manusia biasa yang tak sempurna, kita sering tersalah anggap dan menyangka bahawa dalam banyak perkara, kitalah yang betul. Tanpa sedar kita pun merasa diri lebih baik hingga ada ketikanya kita memandang hina pada orang lain yang kurang bernasib baik. Ada waktu-waktunya perasaan riak, ujub, bangga diri dan sebagainya menjadi raja dalam diri. Sedarlah! Bangunlah dari mimpi mengerikan ini... kerana Allah menghakimi kita dari semua segi, melihat hati dan fikiran kita. Jadi, hanya Allah saja yang berhak memberikan tempat dimanakah kita sebenarnya kini dan esok lusa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Usahlah Memandang Hina Amalan Orang Lain


Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah telah berpesan:
                             
Usahlah Memandang Hina Orang Lain Seolah Amalanmu Paling Diterima
Tidak layak seorang merasa bangga
 dengan amalnya, kerana
 sesungguhnya dia tidak
tahu amal yang mana
yang Allah akan terima?"
             
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yg belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerananya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlena tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau "merasa" ta'jub dan bangga dengan amalmu. Sebab tidak layak seorang merasa bangga dengan amalnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima?"

Alhamdulillah.

Semoga perkongsian ilmu di atas dapat dijadikan motivasi dan inspirasi kepada kita semua. Jangan jadikan kelebihanmu di dunia menjadikan kekuranganmu di akhirat nanti. Sebaliknya, bawalah kelebihan di dunia untuk keuntungan di akhirat nanti.

Insyaa Allah..

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Setuju sangat dengan artikel ni. Banyak kawan saya yang macam ni, baru ikut ceramah sekalu dah pandang serong orang yang tak pergi ceramah.

    Tak baik sebenarnya macam tu.. Sebab kita ni bukan juga tahu pengakhiran kita macamana.. Mungkin orang yang kita pandang hina tu, berubah dan mendapat hidayah.. dan tempatnya mungkin lagi tinggi dari orang yang menghina tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai hambaNya, kita kena berdoa mengharapkan akhiran hidup yg baik, sebab itu jangan pandang hina orang lain macam kita aje yg sempurna. Betul DC, kita tak tahu adakah amalan kita tu Allah terima..

      Bersangka baiklah..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close