Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar Dan Renungkan Bersama

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar. Allahu Akbar! Subhanallah. Al Fatihah juga kepada para muslimin muslimat yang telah menunaikan haji dan meninggal di tanah Mekah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan sentiasa dalam hidayah Allah hingga menjelangnya hari kiamat..

Jom kita baca dan renungkan 11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar yang saya baca dari mykarya.com. Setiap umat Muhammad mesti menyimpan angan dan cita-cita untuk menunaikan rukun islam ke lima itu, jika berkemampuan. Dan untuk tujuan itu, kita sepatutnya sudah tahu cara-cara untuk mengumpul duit untuk menjayakan cita-cita tersebut.

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar


Sebagai renungan, di bawah saya kongsikan Hikmah Haji.

Banyak maksud-maksud Al-Quran dan hadis-hadis nabi, yang menghuraikan keistimewaan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah, diantaranya ialah:






1. Perbelanjaan yang dikeluaran untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk Fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700.

2. Siapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tiada merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak adalah seperti hari yang ia dilahirkan oleh ibunya.

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar Dan Renungkan Bersama
Gambar ehsan Google

3. Iringilah haji itu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang menghakis segala kotoran besi, emas dan perak. Tiadalah lain lagi ganjaran bagi haji yang mabrur melainkan syurga. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur de­ngan dosa sejak dari ihram hingga tahallul.

4. Para jemaah haji dan orang-orang yang umrah semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan dosa mereka.

5. Baitullah ini adalah tunjang Islam, sesiapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, ia dijamin oleh Allah, jika meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika ia pulang semula ia pulang dengan ganjaran pahala dan harta.

6. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat un­tuk orang-orang yang haji ke Baitullah, 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk yang sembahyang dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.

7. Siapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di negeri Makkah, Allah akan jauhkan dia 100 tahun lamanya dari neraka Jahannam.

8. Siapa yang meninggal dalam pelayarannya ke tanah suci Makkah sama ada pada waktu pergi atau pulangnya, segala dosa tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari Kiamat. Dalam satu riwayat yang lain ia akan diampunkan.

9. Siapa yang bersabar menanggung sakit sehari di Makkah, akan Allah tuliskan pahala amal salih yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun lamanya.

10. Siapa yang meninggal di negeri Makkah seolah-olah ia telah meninggal di langit dunia.

11. Setengah dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; ia melakukan kebaikan dan amalan yang melebihi dari dahulu dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.

Semoga banyak manfaat yang kita perolehi dari kisah di atas 11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar. Bila kita renung-renungkan, betapa hebatnya hikmah-hikmah yang tersembunyi. Dalam hati pasti terdetik untuk pergi haji ke tanah suci. Itulah doa dan harapan yang sering dipanjatkan ke hadrat Illahi. Harap dimakbulkan doa-doa kalian. Aamiin...    

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close