Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

7 Punca Mengapa Graduan Menganggur? Ketahui Puncanya!

Kenali 7 Punca Masalah Graduan MenganggurRamai majikan memberitahu bahawa masalah graduan yang dihadapi masa kini kebanyakkan sama sahaja rentaknya. Anda perlu mengetahui masalah dan realiti yang berlaku pada hari ini untuk memastikan anda tidak tergolong di dalam golongan yang dinyatakan di bawah ini. Nampak sangat graduan masakini terlalu 'manja' hingga semuanya nak disuapkan depan mata..

Ketahui punca mengapa sekarang ini ramai graduan yang menganggur. Ini maklumat yang lebih jelas mengenai masalah yang dihadapi oleh Jobseeker. Ia merupakan kajian daripada pasukan Jobstreet.

7 Punca Utama Graduan Menganggur


1. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah: 56%


Ya, sememangnya ia satu perkara yang benar. Perkara seperti ini anda boleh lihat sendiri pada rakan-rakan terdekat anda yang baru tamat belajar. Cuma lakukan sesi perbualan dalam bahasa inggeris. Dan anda sendiri akan lihat hasilnya. Take note kepada para graduan, dan anda seharusnya tidak tergolong dalam golongan yang berjumlah 56% ini!

2. Masalah sikap dalam diri yang teruk: 37%


Apabila pihak kami mengkaji sendiri, apakah masalah sikap yang dinyatakan ini. Sikap yang dinyatakan sebagai teruk ini adalah seperti tidak mempunyai adab ketika temuduga, tidak mahir dalam komunikasi secara profesional, dan tidak mempunyai persediaan yang rapi menghadapi dalam menghadapi temuduga.

Sikap begini yang dilabel sebagai satu sikap yang teruk. Mengambil mudah dalam sesuatu perkara.

3. Mengharapkan gaji yang tidak realistik: 33%


Anda kena fahami, anda bersaing dengan ratusan graduan yang lain dan mereka yang mempunyai pengalaman yang sedang mencari kerja. Apakah beza calon fresh graduate dan mereka yang berpengalaman? Demand Gaji.

Jika calon fresh graduate memohon gaji yang tidak realisitik. Sah-sah memang anda akan ditolak permohonannya.

4. Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran: 30%


Ya lambakan graduan yang tidak berpadanan dengan kehendak pasaran juga boleh dijadikan sebagai satu faktor mengapa ramai yang menganggur. Lihat sini untuk mengetahui sektor pekerjaan demand pada waktu sekarang.

https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/the-most-in-demand-jobs-in-malaysia-2015-2016

5. Terlalu memilih kerja dan syarikat: 28%


Buat graduan baharu, tiga tahun pertama untuk anda collect sebanyak mana pengalaman yang anda boleh.

Jangan terlalu memilih kerja kerana ia satu persaingan yang sangat sengit buat waktu sekarang ini. Terima sahaja kerja yang mampu memberikan diri anda nilai tambah yang baik. Don’t make people pay for your time, but make people pay you by your VALUE.

6. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah: 26%


Kemahiran seperti critical thinking juga ramai yang tidak mahir. Jika dilihat kenapa ia berlaku. Graduan-graduan seperti ini tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti di dalam Universiti. Hanya fokus kepada ilmu dan pengetahuan tanpa menghiraukan soft skills yang lain.

Sebenarnya, waktu di universiti lah calon perlu mengambil peluang untuk mengasah soft skills mereka untuk menjadi lebih baik.

7. Tahap pengetahuan yang lemah: 24%


Pengetahuan ini besar aspeknya, ia boleh merangkumi pengetahun am dan umum dalam memastikan kebolehpasaran graduan untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah ditawarkan.

Kajian yang diberikan oleh Jobstreet ini bukanlah satu petunjuk di mana kita mahu “pointing a finger” mana-mana pihak, tetapi kita kena tahu realitinya. Anda kena keluar dari 'LOOP' graduan yang bermasalah seperti ini supaya anda menyedarinya dengan lebih awal dan mengambil tindakan untuk mengubahnya.

Kita bukan mahu bercerita untuk mendapatkan pekerjaan dan terima gaji sahaja. Kita mahu graduan pergi lebih jauh dalam setiap kerjaya yang diceburi. Mahu ataupun tidak, kita kena kenal pasti masalah yang dihadapi dan sedaya upaya untuk selesaikannya.

Cara mengatasi masalah di atas? Anda sebagai graduan kena bertindak sendiri. Gali dan timba ilmu baru. Ambil maklumat terkini tentang SOFTWARE RESUME. Dicipta untuk mengangkat anda duhai graduan menjadi yang terbaik!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih singgah sini. Banyak info kat sini bagus.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close