Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau...

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau... | Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan hari Jumaat. Hari untuk kita-kita aje iaitu umat Muhammad.. orang muslim di seluruh dunia. Kali ini saya nak kongsikan sedikit pesanan dan mutiara jumaat untuk anda semua iaitu tentang bilakah masa terbaik untuk bersedekah? Tunggu kaya atau bila dah jatuh miskin?

Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau... 


Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau...

Bilakah masa terbaik untuk bersedekah? Ya, ada hari paling baik dan afdal untuk bersedekah iaitu dalam bulan Ramadhan. Kita digalakkan melakukan sedekah di dalam bulan puasa yang mulia. Sedekah makanan, harta benda, wang ringgit kepada golongan yang memerlukan. Dan, tidak dilupakan sedekah atas nama orang yang telah meninggal dunia contohnya ibu bapa, adik beradik, anak-anak dan rakan sahabat yang kita sayangi. Tahukah anda, saudara kita yang telah meninggal dunia merayu-rayu untuk kembali ke dunia hanya untuk memperbanyakkan sedekah. Kerana mereka di alam sana, nampak hebatnya pahala sedekah. Subhanallah...

Bilakah waktunya kita benar-benar digalakkan untuk bersedekah? Hah.. bila agaknya ya? Sebagaimana ustaz dan ustazah pesan.. kita digalakkan bersedekah bila kita lihat duit wang ringgit kita tinggal sikit dan kita takut jatuh miskin. Inilah waktu kritikal nya kita kena bersedekah.

Dengan bersedekah tidak membuatkan kita jatuh miskin, sebaliknya kalau kita takut miskin.. bersedekahlah!

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." - (surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close