Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Hilang Mengantuk Semasa Memandu

Doa Hilang Mengantuk Masa Memandu. Sebelum memulakan perjalanan pun ada doa yang biasa kita amalkan, ingat tak doa tu? "Bismillahi tawakkal tu'alaAllah walaa hawlawalaa quwwata illah billah hil 'aliyyul 'aziim..."

Doa ni bila dah biasa diamalkan, tak payah kena paksa pun dia akan automatik terbaca.. lidah dah jadi biasa, hati pun dah serasi..

Begitu jugak dengan bacaan ayat Kursi. Walau kita tak sedar, tetapi sebab sudah terbiasa.. hati kita, lidah kita, mulut pun sama akan melafaz ayat kursi bila lepas solat, nak mulakan perjalanan, kalau dalam kesusahan, dan banyak lagi. Dah jadi satu kelaziman..

Apa kaitannya ayat kursi dengan doa hilang mengantuk semasa memandu,? Ya, ada ayat dari dalam ayat kursi yang boleh dijadikan doa.

Doa Hilang Mengantuk Semasa Memandu


Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Kursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

Doa Hilang Mengantuk Semasa Memandu


"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Kursi 3 kali sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut:

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" ~ (3 KALI).

Selamat mengamalkan perkongsian doa di atas. Semoga koleksi doa yang dihimpunkan dalam blog ini boleh dijadikan panduan kepada saya, anak-anak, sahabat muslim semua di masa mendatang.

Alhamdulillah..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close