Khasiat Buah Kiwi Untuk Kesihatan. Anda kenal buah kiwi? Buah kiwi rasanya agak masam ketika separuh masak namun manis bila telah cukup matang dan masak. Buah kiwi berwarna coklat di luar dan kulitnya agak kasar dan sedikit berbulu. Isinya berwarna hijau eksotik. Buah kiwi kurang digemari oleh para anak-anak kecil kerana kurang pendedahan kerana buah kiwi bukanlah buah tempatan yang memang ditanam di bumi Malaysia.
Baiklah. Asal usul buah kiwi adalah ia buah yang di import dari New Zealand dan negara beriklim sejuk. Kiwi berasal dari negeri China dan sampai sekarang masih banyak dijumpai tanaman kiwi di lembah Yangtse oleh karena itu oleh orang China diberi nama Yang Tao atau juga diberi nama persik kambing dan persik monyet. Nama kiwi diambil dari nama burung khas New Zealand dengan maksud agar buah ini cepat dikenal dan memiliki nilai komersial yang baik.
New Zealand adalah negara pertama yang mengusahakan kiwi untuk tujuan komersial. Anggarannya, kiwi masuk New Zealand pada tahun 1906, Tahun 1937 Unn McLaughlin memulai menanam kiwi seluas 1 hektar dan 16 tahun kemudian dia menjadi exporter kiwi. Pada waktu ini, sepertiga dari pengeluaran kiwi dunia dihasilkan di New Zealand, dieksport ke Jepun (33%), ke Jerman (25%), dan ke USA (17%), ke Skandinavia dan ke Austria. #sumber
Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang mudah.
Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.
Buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.
Kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi.
Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus. Dengan pengambilan buah kiwi pada setiap hari, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.
Makanlah buah kiwi untuk khasiat fibre yang original dan buah terbaik untuk mengawal diet anda. Terutamanya kepada penghidap kencing manis.
Jaga kesihatan untuk hidup ceria. Salam sayang!!

Khasiat Buah Kiwi Untuk Kesihatan

#sumber
Buah kiwi juga sedap dibuat jus dan juga kek buah-buahan. Rasanya yang masam manis amat berguna menaikkan rasa asli kek buah anda.
Makanlah buah kiwi untuk khasiat fibre yang original dan buah terbaik untuk mengawal diet anda. Terutamanya kepada penghidap kencing manis.
Jaga kesihatan untuk hidup ceria. Salam sayang!!
2 Comments
wah..ternyata banyak juga manfaatnya. Baru tahu, kemaren malah nolak makan kiwi..makasih kak..bokmark ya..
ReplyDeletesama2.. silakan ya
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.