Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Bengkak Bawah Mata Cara Tradisional

Petua Hilangkan Bengkak Bawah Mata Cara Tradisional. Bengkak bawah mata kadang-kadang nampak tidak elok pada pandangan mata orang lain. Bengkak bawah mata atau 'mata panda' memang kurang digemari oleh sigadis terutamanya yang terlibat dengan bidang jualan yang sering bertemu dengan ramai orang.

Namun begitu, ada banyak sebab mengapa berlakunya bengkak bawah mata. Selain daripada keturunan, ia mungkin juga kerana tersalah diet atau pun pola tidur yang salah.  

Antara sebab-sebab bengkak bawah mata adalah:

1. Hipotiroidisme

Bengkak wajah dan bengkak di bawah mata adalah gejala umum dari hipotiroidisme, suatu keadaan yang disebabkan oleh pengeluaran hormon tiroid yang tidak mencukupi.


Petua Hilangkan Bengkak Bawah Mata Cara Tradisional


2. Gangguan Kulit

Infeksi kulit seperti eksim atau psoriasis ketika terjadi di wajah terutama dekat dengan mata, boleh menyebabkan pembengkakan.

3. Pola Tidur

Tidur terlalu banyak, terlalu sedikit, atau tidur yang terganggu merupakan salah satu puncu umum pembengkakan mata.

4. Menangis

Menangis dalam waktu lama membuat seluruh mata membengkak karena lebih banyak darah mengalir saat menangis. Kandungan garam dalam air mata boleh pula menyebabkan pembengkakan.

5. Penyalahgunaan Zat

Kelebihan mengambil alkohol, narkotik, merokok membuatkan mata berwarna merah serta menyebabkan bengkak di bawah mata.

6. Diet

Diet makanan tinggi garam mendorong pembentukan cairan di sekitar mata sehingga menyebabkan pembengkakan.

7. Keturunan dan Umur

Individu dengan sejarah keluarga yang memiliki mata bengkak lebih besar akan mengalami hal serupa. Pertambahan usia juga menjadi penyumbang terhadap terjadinya bengkak di bawah mata.

8. Cedera

Cedera dekat dengan mata atau sekitar kelopak mata boleh menyebabkan mata membengkak. #Sumber

Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata Cara Tradisional 


1. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Tidur yang cukup dapat merehatkan minda dan mengelakkan stress. Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam dan menjaga kepala sedikit terangkat ketika tidur boleh mencegah pengumpulan cairan di bawah mata

2. Banyakkan minum air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan untuk petua untuk awet muda juga.

3. Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil sayur-sayuran hijau sebagai sumber zat besi, dan buah-buahan seperti limau untuk vitamin C. Ambil buah-buahan seperti jambu batu dan epal untuk sumber serat yang baik.

4. Gunakan pelembap yang sesuai untuk bawah mata..  

5. Cara paling mudah adalah dengan meletakkan/ melekapkan ais pada kawasan bengkak 3 hingga 4 kali sehari.

Ha! Dah selesai masalah bengkak bawah mata ni... tidur dengan cukup hingga 7 jam dan letakkan ais batu bawah mata. Itu cara yang saya gunakan. Anda pun boleh guna cara-cara hilangkan bengkak bawah mata seperti di atas. Semoga berjaya. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close