Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Gegata Cara Tradisi

Petua Hilangkan Gegata - Petua ini telah dikongsikan oleh rakan FB. Semoga bermanfaat kepada semua orang yang memerlukan.

Gegata adalah gejala penyakit kulit yang menimpa seseorang yang biasanya terkena alahan makanan laut atau gigitan serangga. Menurut info, kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan mengatakan itu adalah gegata.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Petua Hilangkan Gegata Cara Tradisi


Petua hilangkan gegata dengan lengkuas
Lengkuas boleh hilangkan gegata
Penyakit Gegata, kalau terkena gegata ubatnya mudah je. Dapatkan lengkuas. Potong lengkuas. Permukaan yang dipotong itu dikelar-kelar dengan pisau.
Lengkuas tadi digosok pada tempat yang gatal tadi. Selain rasa selesa digosok, ia cepat melegakan lebih baik dari ubat moden.

Kalau kawasan gegata banyak dan air lengkuas dah jadi kering, potong dan kelar lagi lengkuas tersebut dan gosok lagi.

Mudah-mudahan membantu & selamat mencuba. In sha Allah.

Selamat mencuba petua merawat gegata yang mudah, hanya dengan lengkuas.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close