Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Otot

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Otot. Ada tak antara pembaca blog saya yang sering mengalami kejang otot pada kaki. Ada juga yang panggil simpul biawak. Biasanya kejang otot berlaku bila kita melakukan aktiviti yang jarang dilakukan seperti terlalu banyak berjalan pada sesuatu masa, kurang minum air dan banyak lagi. Kalau kena kejang otot memang sakit, kan? Terutamanya bila sedang tidur terkena kejang otot. Fuhh... anda rasalah sendiri..

Kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Oto

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Otot


Cara rawatan kejang otot secara tradisional mudah saja.

  • Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. 
  • Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. 
  • Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah. 

Bagi mengatasi permasalahan kejang otot, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.

Selain menitikberatkan pemakanan, anda juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.

#Sumber

1. Mengatasi kejang otot pada paha
Jika kejang terjadi pada paha belakang, maka luruskan lutut penderita kemudian angkat kakinya. Untuk 'cramp' pada paha depan, tekuk lutut pesakit ke belakang. Picit pada ototnya dengan kuat.

2. Mengatasi kejang pada betis. 
Letakkan pesakit pada posisi duduk, kemudian luruskan lututnya. Tekan kakinya dengan kuat ke arah tulang kering. Kemudian, picit ototnya untuk menenangkan.

3. Menyembuhkan kaki kejang otot
Bantu pesakit untuk berdiri dan tahan tubuhnya supaya tidak jatuh. Cara ini bertujuan untuk melancarkan aliran darah pada tubuhnya. Seterusnya, picik kakinya. Cara mengatasi 'cramp' otot secara medical dilakukan dengan menyembur chlor ethyl pada bahagian tubuh yang bermasalah. Spray tersebut berguna untuk mengurangi sakit akibat cramp. Untuk meredakan rasa sakit kerana, dapat menggunakan ubat panas, koyo atau balsam. Penggunaan ubat-ubatan ini berfungsi untuk melonggarkan pembuluh darah, sehingga aliran darah menjadi lancar.

#Sumber 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close