Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Lobak Merah Kukus Sukatan Cawan Pasti Sedap

Resepi Kek Lobak Kukus Pasti Sedap. Sekarang ni saya tengah 'gian' nak buat kek dengan macam-macam jenis kek yang telah dicuba, dan yang pasti saya lebih suka dengan cara kukus mengukus. Sebab apa? Sebab kalau kukus kita tak perlu risau kek jadi hangit atau sebaliknya. Lagipun dengan cara kukus, kek nampak lebih menyihatkan dan nampak lebih kemas.. haha

Sewaktu buat kek lobak kukus ni, saya sorang-sorang kat rumah sebab sikecil pergi mengikut pakciknya berjalan. So, ada lah masa nak menyibukkan diri. Jika tidak semuanya dia yang buat, dari sukat tepung sampai ke memarut lobak. Bukannya pandai sangat pun, sengaja buat experiment..

Resepi Kek Lobak Kukus Yang Sedap 


Resepi Kek Lobak Merah Kukus Sukatan Cawan Pasti Sedap
Sumber: Google

Bahan-bahan:

2 bji telur
1/2 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung/minyak masak
~ (campurkan bahan-bahan di atas dan pukul hingga kembang)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - diayak
1 cawan lobak merah/ carrot - diparut
1/8 cawan badam halus - (seperti yang orang tabur kat biskut almond london)

Cara menyediakan Kek Lobak Merah Kukus Yang Pasti Sedap


1. Campur bahan-bahan campuran tepung (tepung + baking powder + soda bikarbonat) ke dalam bahan adunan yang dipukul/ diblend tadi. Kacau rata. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

2. Masukkan lobak merah. Gaul rata.

Resepi Kek Lobak Merah Kukus Sukatan Cawan Pasti Sedap
Lobak merah yang diparut
3. Panaskan kukus terlebih dahulu hingga air mendidih, dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek

4. Kukus dalam 1/2 jam hingga 45 minit


Sumber resepi: FB Rudyana Abdullah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Terima kasih kerana mengunjungi blog dan membaca resepi masakan lobak merah kukus sukatan cawan yang gerenti sedap.. >----< , anda boleh cuba sendiri dan keluarga pasti sukakannya. Lagipun resepi ini adalah resepi yang sihat dan enak.

Selamat mencuba!

Nak Buku Resepi dengan segera?? Cuba klik di bawah..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close