Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap. Kuah lodeh terkenal di negeri Johor dan biasanya dimakan bersama lontong ketika sarapan pagi. Kalau orang Johor masak lodeh ni dah biasa samada ketika hari biasa atau ketika waktu perayaan. Kuah lodeh ni dah jadi macam makanan tradisi masyarakat Johor terutamanya orang Jawa..
Kuah lodeh sedap terbaik memang dicari-cari di pagi raya. Senang ke nak buat kuah lodeh ni? Kalau tak buat sayur lodeh, macam tak lengkap raya kita orang. Korang pula bagaimana? Dan sayur lodeh ada banyak versi membuatnya, yang pasti semua pakai satu bahan yang sama iaitu santan.. 😎😎
Kalau anda suka makan sayuran dan cukup kombinasi zatnya, anda boleh masak sayur lodeh. Kandungan sayuran seperti kobis, carrot dan kacang panjang amat sesuai untuk mereka yang suka meratah sayur tanpa mengambil nasi. Tapi jika dimakan dengan nasi impit dan sambal kacang, lebih lah sedap dan lazat!
Bila nak dekat raya, inilah masa paling sibuk nak buat persediaan masak menu hari raya, terutamanya masakan lodeh yang jadi kebiasaan orang Johor di pagi raya. So, jom kita masak lodeh paling sedap dan lemak seperti di bawah.
Bahan-bahan:
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Bahan- Bahan Sayur
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang carrot - di potong 1 inci - tapi nipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/2 kg udang - dibuang kulit dan toskan
1/4 biji sengkuang- di potong 1 inci -tapi nipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe - digoreng dan potong kecil
2 keping tauhu - di goreng, dah sejuk di potong kecil
2 batang cili merah - di potong serong
2 batang serai - di titik
3 cawan santan cair*
3 cawan santan pekat*(guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, guna 2 kotak..., 200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Kuah lodeh sedap terbaik memang dicari-cari di pagi raya. Senang ke nak buat kuah lodeh ni? Kalau tak buat sayur lodeh, macam tak lengkap raya kita orang. Korang pula bagaimana? Dan sayur lodeh ada banyak versi membuatnya, yang pasti semua pakai satu bahan yang sama iaitu santan.. 😎😎
Kalau anda suka makan sayuran dan cukup kombinasi zatnya, anda boleh masak sayur lodeh. Kandungan sayuran seperti kobis, carrot dan kacang panjang amat sesuai untuk mereka yang suka meratah sayur tanpa mengambil nasi. Tapi jika dimakan dengan nasi impit dan sambal kacang, lebih lah sedap dan lazat!
Gambar Sumber Google |
Cara Buat Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap
(sumber: Sinar kehidupanku)Bila nak dekat raya, inilah masa paling sibuk nak buat persediaan masak menu hari raya, terutamanya masakan lodeh yang jadi kebiasaan orang Johor di pagi raya. So, jom kita masak lodeh paling sedap dan lemak seperti di bawah.
Bahan-bahan:
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Bahan- Bahan Sayur
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang carrot - di potong 1 inci - tapi nipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/2 kg udang - dibuang kulit dan toskan
1/4 biji sengkuang- di potong 1 inci -tapi nipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe - digoreng dan potong kecil
2 keping tauhu - di goreng, dah sejuk di potong kecil
2 batang cili merah - di potong serong
2 batang serai - di titik
3 cawan santan cair*
3 cawan santan pekat*(guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, guna 2 kotak..., 200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Gambar sumber Google |
Cara menyediakan Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang di titik.
2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang di potong dadu tadi.
3. Masak hingga sedikit empuk
4. Masukkan carrot, kacang panjang dan sengkuang. Jangan lupa masukkan udang. Gaul sebati.
5. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
6. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
7. Masukkan cili merah yang di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
8. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
9. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Dah siap pun resepi kuah lodeh terbaik dan tentu sedap dari perkongsian di atas. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.
Selamat mencuba.
Cari buku resepi terbaru?? Klik banner di bawah..
Cari buku resepi terbaru?? Klik banner di bawah..
4 Comments
nampak sedap
ReplyDeleteSedapnyeeeee
ReplyDeleteni mkn utk brape org nye resepi?
ReplyDeleteBoleh makan utk 8 - 10 orang dear..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.