Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ketahui 10 Ciri Isteri Pembawa Rezeki Berterusan Kepada Suami

Isteri adalah insan yang berhak ke atas suaminya dan begitulah sebaliknya. Syurga isteri terletak di bawah kaki suami. Redha Allah terletak pada redha suami. Dan, rezeki suami pula ada kaitan dengan sang isteri. Jadi, marilah sama-sama kita lihat 10 ciri isteri yang membawa rezeki berterusan kepada suaminya.

Jika mengikut tulisan ustaz Iqbal ada 10 ciri isteri pembawa rezeki berterusan kepada sang suami. Tetapi harus diingat, wanita bahagia.. berjayalah rumahtangga. Pada pendapat saya, satu lagi ciri penting nak ditambah adalah isteri yang tidak disakiti dan dilukai juga boleh membawa rezeki berterusan kepada rumahtangga tersebut. Maksudnya isteri yang bahagia akan membawa ketenangan kepada rumahtangga seterusnya pembawa rezeki berterusan kepada suaminya.

Ketahui 10 Ciri Isteri Pembawa Rezeki Berterusan Kepada Suami

Menyakiti isteri atau hatinya merupakan tindakan yang dapat menutup rezeki. Membahagiakan isteri menjadi salah satu jalan pembuka pintu rezeki yang paling lebar untuk keluarga. Jadi, jagalah hati isteri dan hormatinya sesuai dengan pengorbanannya memberikan zuriat kepadamu duhai para suami... 


10 Ciri Isteri Pembawa Rezeki Berterusan Kepada Suami. 


Catatan ilmu dan perkongsian berikut saya ambil dari grup whatsapp rakan rakan wanita saya. Mari ambil iktibar sebagai peringatan kepada diri sendiri dan saudara wanita islam kita yang lainnya. Antara ciri-ciri isteri pembawa rezeki berterusan kepada suami;

1. Isteri yang sentiasa bersyukur


Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki.

Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).

2. Isteri yang tawakal


“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).

Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain.

Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.


3. Isteri yang baik agamanya


Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?

Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.


4. Isteri yang banyak beristighfar


Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.

“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang suka bersilaturahim


Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).


6. Isteri yang suka bersedekah


Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.

Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya.

Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.

“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).

7. Isteri yang bertakwa


Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.

“Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya


Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya.

“Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).

9. Isteri yang mengamalkan solat dhuha


Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.

"Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha." (HR Al Bukhari dan Muslim)

Isteri bahagia ceria rumahtangga


10. Isteri yang taat serta melayani suaminya


Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang.

Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.

Sumber: Ustaz Iqbal Zain via Vanillakismis

Diharap perkongsian tentang isteri pembawa rezeki kepada suami dapat dijadikan renungan dan panduan kepada semua suami dan isteri di luar sana. Perjuangan sebuah rumahtangga sakinah, mawaddah, warahmah bukanlah tugas berseorangan sebaliknya semua pihak dalam institusi tersebut kena memainkan peranan dengan sepatutnya dan seikhlasnya.

Wallahu'alam..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Sebuah catatan yang sangat bagus dan menginpirasi dan memotifasi. Sungguh luar biasa...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close