Dalam bulan puasa ni, macam-macam menu yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Kita google je, keluarlah aneka resepi yang boleh dimasak. Ada yang senang, dan ada juga yang agak susah. Tapi demi keluarga tersayang, kita masak juga, ya dak??
Salah satu resepi yang boleh dicuba adalah resepi berasaskan ikan tongkol. Nak masak apa sedap ya? Masak lemak cili api pun okay, nak masak kicap pun boleh.. dan nak masak kari boleh juga.. tapi masalahnya ikan tongkol keras dan agak tebal isinya. So, saya kongsikan Petua Cara Masak Ikan Tongkol Lebih Lembut Dan Sedap Isinya. Petua yang diajarkan oleh my MIL. Senang pulak tu.
Anda susah nak masak ikan tongkol?
Jangan risau.
Cara nak lembutkan isi ikan tongkol supaya isinya lebih lembut, serap rasa dan sedap bila dimasak adalah dengan merebusnya terlebih dahulu.
Rebus ikan tongkol dengan air asam jawa atau asam keping sehingga ikan tongkol itu masak. Ambil segenggam asam jawa dan perahkan airnya, kalau asam keping, guna anggaran 3 keping. Air ikut secukupnya. Bila dah masak toskan.
Kemudian, masaklah ikan tongkol ikut resepi kegemaran anda.
Insyaa Allah, isi ikan tongkol akan jadi lebih lembut dan sedap.
Selamat mencuba.

Petua Cara Masak Ikan Tongkol Lebih Lembut Dan Sedap Isinya
Anda susah nak masak ikan tongkol?
Jangan risau.
Cara nak lembutkan isi ikan tongkol supaya isinya lebih lembut, serap rasa dan sedap bila dimasak adalah dengan merebusnya terlebih dahulu.
Rebus ikan tongkol dengan air asam jawa atau asam keping sehingga ikan tongkol itu masak. Ambil segenggam asam jawa dan perahkan airnya, kalau asam keping, guna anggaran 3 keping. Air ikut secukupnya. Bila dah masak toskan.
Kemudian, masaklah ikan tongkol ikut resepi kegemaran anda.
Insyaa Allah, isi ikan tongkol akan jadi lebih lembut dan sedap.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.