Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Juadah Wajib Iftar

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Juadah Wajib Iftar. Tetiba tulis juadah Iftar ni kenapa pulak? Jangan silap tengok, anda semua dijemput untuk cuba resepi nasi ayam madu iaitu juadah wajib menu berbuka kita orang..

Dah tulis tentang resepi ni, ada banyak barangan yang boleh di beli dari Lazada untuk masak juadah kegemaran saya. Tetiba masuk Lazada apehal? Haha.. sebab saya join contest dari Lazada yang bertajuk Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest


Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest


Take note ya! Mulai dari 19 Mei - 30 Jun 2017, anda boleh membeli belah di Lazada Malaysia melalui tawaran terbaru dan menarik, tawaran sehingga 90%!! Tak nak ke??. Dengan berbagai produk yang tersedia dan umpama katalog kepada destinasi membeli-belah dalam talian yang terbesar di Malaysia, dengan Lazada anda tidak akan tersalah pilihan. Apa yang lebih baik daripada satu jualan? Dua jualan sudah tentu! Sepanjang tempoh satu bulan, anda ditawarkan dengan dua jualan yang berbeza oleh Lazada Malaysia. "Marhaban, Ya Ramadan" dan "Riang Ria Raya" adalah jualan eksklusif Lazada Malaysia di mana pelbagai produk dari pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa ditawarkan untuk harga yang sukar dipercayai dan pada harga diskaun!

Jadi, apalagi.. mehlah cuba resepi Nasi Ayam Madu sedap lazat juadah wajib kami sekeluarga dalam bulan ramadhan. Masak dengan barangan yang dibeli dari Lazada Malaysia.

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Untuk Iftar 


Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Juadah Wajib Iftar

Bahan-bahan:

A. AYAM GORENG MADU

1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara:

1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut. (Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.

B. SUP NASI AYAM

Ayam yang telah dipotong kecil2 (bahagian yg lebih/ tulang ayam)
2 biji kentang - di potong dadu besar
1 batang carrot- di potong kecil
Daun sup/ daun bawang dan bawang goreng secukupnya
2 ulas bawang putih (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
1" halia (hiris)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dlm 4 cwn
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

C. NASI AYAM


4 cawan beras (saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter

Bahan tumis:

4 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
4 batang serai- di ketuk
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.

Untuk bahan sos pedas dan sambal kicap, anda boleh baca di sini.

Saya dapatkan bahan-bahan untuk masak nasi ayam madu seperti pati ayam untuk sup, daripada Lazada Malaysia. Inilah rupa pati ayam yang saya boleh beli kat situ. 

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
kiub pati ayam knorr boleh dibeli dari Lazada Malaysia

Bagi blogger yang join contest ni, macam saya.. boleh submit link artikel ke alamat email di bawah: contest@lazada.com.my dengan tajuk: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest 

Tulislah dalam bahasa yang anda suka, tapi kalau bahasa jawa dia orang tak faham.. kihkih.. Pemenang dipilih secara random..

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close