Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Segera Mohon Maaf Sebelum Ramadhan Tiba Jika Tidak Mahu Puasa Anda Diabaikan...

Ramadhan semakin menghampiri. Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Tentu ada amalan-amalan kebaikan yang boleh dilakukan di dalam bulan Syaaban sebelum datangnya bulan ramadhan al mubarak. Antaranya, segeralah mohon maaf kepada ibu bapa, suami isteri, sahabat handai sebelum ramadhan tiba...

Lain-lain amalan yang baik dilakukan dalam bulan Syaaban adalah seperti berpuasa (mengqada' puasa yang lepas), perbanyakkan membaca al Quran, bersedekah, melakukan solat-solat sunat sebagai persediaan solat terawih di bulan Ramadhan dan banyak lagi.

Hukum Minta Maaf Sebelum Ramadhan


Segera Mohon Maaf Sebelum Ramadhan Tiba Jika Tidak Mahu Puasa Anda Diabaikan...

Ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah pada suatu Solat Jumaat (dalam bulan Sya'ban), beliau mengatakan "Aamiin" sampai tiga kali dan para sahabat begitu mendengar Rasulullah SAW mengatakan aamiin.

Terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan aamiin.

Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasulullah SAW berkata aamiin sampai tiga kali.

Ketika selesai solat Jumaat para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kemudian menjelaskan;
"ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasulullah SAW, aamiinkan doaku ini", jawab Rasulullah SAW

Do'a Malaikat Jibril adalah:

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut;

⭐Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
⭐Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
⭐Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah SAW pun aamiin sebanyak 3 kali..

(Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Al Baihaqi dari sahabat Abu Hurairah ra)..

Maka...

Sebelum tibanya ramadhan, apabila telah tiba saatnya nanti nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, doa di ijabah (makbul), pahala di lipat gandakan.., maka maafkan tulus dengan ikhlas dari hati saudara/saudari kita, saudara seislam kita...

Maafkan lisan yang tidak berkenan
Maafkan janji yang terabaikan
Maafkan hati yang berprasangka buruk
Maafkan sikap yg menyakitkan

Dengan itu nyatalah kita digalakkan memohon kemaafkan kepada sesiapa sahaja sebelum tibanya Ramadhan, bulan seribu rahmat. Mohon maaf atas semua kekhilafan itu. Sehingga kita di beri umur panjang nan barokah, sehingga kita boleh di pertemukan pada bulan Suci Ramadhan

"Allahumma baariklanaa fii Rojaba wa Sya'bana wa ballighnaa Romadhoona waghfirlanaa dzunuubanaa." ~ Aamiin Yaa Rabbal Alamiin..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close