Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Awas!! Setiap 8000 Kalori Yang Terkumpul (Tidak Dibakar) Akan Menaikkan 1 Kilogram Berat Badan

Kalori berlebihan dalam tubuh memang tak bagus untuk kesihatan. Makan apa pun, mesti ada kalori. Cuma minum air kosong aje yang tak ada (kosong) kalori. Jangan tak percaya bahawa makan secawan nasi aje pun dah beratus kalori mengumpul.

Apakah kalori?
Bagaimana ia terhasil?
Apakah cara mudah untuk membakar kalori?
Adakah sikap malas boleh menyebabkan kalori terkumpul dengan cepat?
Kalori menyebabkan kegemukan?

Setiap 8000 Kalori Yang Terkumpul (Tidak Dibakar) Akan Menaikkan 1 Kilogram Berat Badan

Jom kita cari cara menyelesaikannya. Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Jom Semak Cara Bakar Kalori Anda Setelah Makan Berlebihan 


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Awas!! Setiap 8000 Kalori Yang Terkumpul (Tidak Dibakar) Akan Menaikkan 1 Kilogram Berat Badan

Selain dari jadual di atas, mengelap tingkap juga boleh bakar 180.3 kalori, Menggosok Baju 113.1 kalori, Menampal Kertas Dinding 133.2 kalori, Mengerat kayu 415.5, Turun Naik Tangga Secara Perlahan 516.3 kalori. 

Cara Simple Bakar Kalori


1. Berjalan perlahan-lahan selama 15 minit selepas makan

2. Jangan baring selepas makan.

3. Basuh pinggan, susun dan lap pinggan. Memang bakar kalori anda lepas makan. Orang yang malas basuh pinggan lepas makan ada potensi untuk gemuk.

4. Kemudian, basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Anda tahu berapa kalori yang terbakar?

5. Siram pokok bunga 2 kali sehari. Pagi dan petang

6. Menyapu sampah di halaman rumah dalam 5 minit pun boleh bakar kalori lepas makan berlebihan.

Nampak tak? Mudahnya nak bakar kalori dalam badan walau hanya buat kerja rumah secara santai. Anda boleh buat pelan-pelan supaya badan akan terbiasa dengan rutin yang anda lakukan.

Amaran!!! Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1 kilogram berat badan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close