Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Mudah Kilatkan Cermin Yang Sudah Kotor

Petua Mudah Kilatkan Cermin Yang Sudah Kotor. Cermin apa saja, cermin tingkap, cermin bilik air ataupun cermin meja solek dalam bilik anda. Semua cermin ini sukar hendak dibersihkan bila dah berdaki dan kotor. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak buat macam mana untuk bersihkan, kita buang aje cermin tersebut dan ganti baru.

Jadi, cermin memang selalunya mudah kotor dan harus kerap dibersihkan. Terutamanya dalam bilik air kan? Kotor dan melekat sisa sisa sabun dan pencuci. Apa cara dan petua nak cuci cermin yang dah berdaki tu?

Petua Mudah Kilatkan Cermin Yang Sudah Kotor


Petua bersihkan cermin yang kotor
Gambar hiasan

Ni dia cara mudah dan tradisional bagi yang ingin membersihkan cermin tanpa menggunakan cecair pencuci khas. Saya kongsikan dari blog abangterlajaklaris.. jom baca..

1. Ambil sehelai kertas suratkhabar dan basahkan. Gunakan kertas yang basah itu untuk mengelap cermin. Jika ada kesan degil pada cermin, tambahkan sedikit bedak sejuk pada kertas suratkhabar yang basah itu. Hmm.. ini caranya ya. Patutlah cleaner kat opis saya lap cermin pejabat yang besar tu guna suratkhabar aje.. saya ingat dia nak berjimat. Haha..😁😁😁

2. Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain yang jenis tidak berbulu. Nak guna kertas pun boleh. Mudahnya, kan?

Walaupun mudah, tak semua orang yang rajin cuci cermin yang dah bercapuk dan berdaki. Diharap dengan petua yang diberikan, kita dapat membersihkan rumah kita daripada kekotoran. Cermin bingkai juga boleh dicuci menggunakan kaedah di atas. Murah dan mudah sangat, cuma guna kertas suratkbabar lama....

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Info yang berguna..

    www.kickstory.net

    ReplyDelete
  2. kalau saya pula selalu guna baking soda bancuh dengan air suam. lap degan surat khabar juga. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close