Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Simpan Kelapa Parut Tahan Lama Dan Sentiasa Segar

Petua Simpan Kelapa Parut Tahan Lama Dan Sentiasa Segar. Dah nak dekat raya ni, tentu anda memerlukan stok santan kotak dan juga kelapa parut untuk masakan tertentu nanti. Jadi, simpanlah elok-elok kelapa tersebut takut ia jadi basi atau baunya berubah. Terutamanya bila menyimpan santan kotak. Memang ada tulis tempoh tamatnya tetapi kita juga kena berhati-hati menyimpannya.

Ada yang tanya, mana lebih bagus samada santan kotak atau santan asli. Terpulang kepada masing-masing dan kegunaan santan berkenaan. Jika santan kotak lebih tahan lama kerana tentu ia sudah dicampur dengan pengawet yang dibenarkan. Kalau santan asli, kena guna on the spot. Kalau disimpan lama, lemaknya dah berkurangan. Kerana ia mendap ke bawah dan telah bercampur udara sejuk peti ais. Bertahan untuk 2 hari jika nakkan kesegarannya. Jika lebih tempoh, santan dari kelapa parut sudah tidak boleh digunakan.


Petua Simpan Kelapa Parut Tahan Lama Dan Sentiasa Segar


Mari kita tengok apa yang boleh dilakukan untuk simpan kelapa parut lebih tahan lama dan sentiasa segar. Namun begitu, petua ini ada kala sesuai dengan keadaan tertentu. Anda mesti mencubanya untuk mengetahui keberkesanan petua yang diberikan.

Petua Simpan Kelapa Parut Tahan Lama Dan Sentiasa Segar
Petua Simpan Kelapa Parut Tahan Lama
Dan Sentiasa Segar

Petua simpan santan

Santan baik disimpan dalam bentuk cair, iaitu selepas diperah santannya. Jika kelapa parut disimpan dalam freezer, ia akan mudah basi dan hasil santan yang diperah setelah dimasukkan dalam freezer ini kurang lemak atau langsung dah tak ada lemak. Jadi kalau nak simpan , elok perah dahulu (saya guna blender untuk mendapatkan santan yang lebih lemak dan pekat) baru simpan dalam freezer.

Petua simpan kelapa parut

Jika kita masih memerlukan kelapa parut untuk tujuan tertentu, kelapa parut boleh disimpan dalam peti sejuk dengan memasukkan beberapa tangkai cili padi (dengan tangkainya). Ini akan melambatkan kelapa basi. Amat mudah, kan?

Petua hilangkan bau kelapa lama

Santan kelapa dalam kotak atau dari kelapa parut yang sudah lama dalam peti sejuk masik boleh 'dipulihkan ' rasanya dengan memasak santan dengan 2-3 batang serai. masak dulu sebelum dimasukkan dalam gulai atau masakan lain.

Itulah petua mengekalkan kesegaran kelapa parut yang anda boleh cuba praktikkan.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close