Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menyentuh Anjing Secara Sengaja Kerana Menajiskan Diri Tanpa Tujuan Adalah Haram

Menyentuh Anjing Secara Sengaja Kerana Menajiskan Diri Tanpa Tujuan Adalah Haram di Sisi Islam. Saya bukan nak menunjuk pandai. Saya pun sentiasa update ilmu agama agar tidak ada percanggahan dengan apa yang kita lalui pada dunia masakini. Islam tak pernah kolot. Islam sentiasa mensejahterakan umatnya. Islam sentiasa memudahkan. Tetapi... kenapa nak pilih susah demi nak menaikkan nama dalam media sosial. Kenapa nak pilih yang subhah jika yang nyata dan jelas telah ditunjukkan. Apakah tujuan anda berbuat begitu? 

Baca ulasan dibawah. Ulasan ini saya kongsikan daripada JAKIM untuk pencerahan dan kesejahteraan kita bersama. "Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu yang berniat memelihara binatang peliharaan yang najis dan tanpa tujuan, dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing, terutamanya.

Menyentuh Anjing Secara Sengaja Kerana Menajiskan Diri Tanpa Tujuan Adalah Haram 


Menyentuh Anjing Secara Sengaja Kerana Menajiskan Diri Tanpa Tujuan Adalah Haram

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berharap Nurhanizah Abdul Rahman, pemilik anjing yang diberi nama Bubu agar segera bertaubat.

"Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.

"Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.

Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam," kata beliau dalam kenyataan.

Othman berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nurhanizah yang memuat naik satu posting dalam Facebooknya mengenai pengkisahan berkaitan anjing peliharaan bernama Bubu pada 1 Julai 2017, jam 2.11 petang.

Mengulas lanjut, Othman berkata, pihaknya amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.

"Ia menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia," jelas beliau.

Pada dasarnya, kata beliau, agama Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam, jelasnya.

Bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan.

"Malahan, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

"Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing," tambah Othman.

Tak mahu keliru, okay. Faham dan hadamkan. Banyak sangat cerita berkaitan perkara di atas semenjak kebelakangan ini. Ada saja yang nak cipta nama dengan melakukan perkara yang pelik-pelik yang adakala tak mampu dicerna oleh akal yang waras. Ada sebab mengapa anjing dan babi disebut dalam al Quran sebagai najis mughalazah. Najis yang berat. Belajar lagi dalami mengapa islam dan al Quran melarang sesuatu perkara dan menggalakkan sesuatu perkara pula.

Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Kita telah diajar tentang perkara ini sejak di sekolah rengah lagi.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close