Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nak Redha Bukannya Mudah

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi Tempuhilah Segala Ujian Dengan Tabah | Banyak benda berlaku kebelakangan ini, samada ia pahit manis dan sebagainya.. kena tadah juga. Kerana ia sudah ditakdirkan begitu. Takdir Allah kepada hambaNya dari sejak dalam perut lagi. Tetapi... ada yang boleh kita buat untuk membetulkan takdir iaitu dengan berdoa. DOA boleh mengubah takdir. Yakin dan positif lah.

Juga, dalam ketidaktentuan takdir, kita kena terima jua. Kena redha yang jelasnya memang sukar nak dilalui. Payahnya nak dihadapi. Kena kat orang mudah kita nasihatkan mereka untuk redha. Kena kat batang hidung sendiri.. terduduk jua dibuatnya.

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...

Bukan kita tak tahu sukarnya redha, bukan mereka tak faham maksud redha itu. Tetapi, hati manusia rapuh sifatnya. Lelaki atau wanita.. semua pun punya hati yang lemah. Selalu tersungkur dalam sedih hiba dihujung malam. Mengapa aku yang diuji? Aduhai.. pujuk hati pun masih begitu. Redha perlu masa, bukan esok lusa boleh dilupa dugaan yang bertandang. Apatah bila ia berkaitan hati dan perasaan. Makan masa bertahun untuk lupa dan akhirnya datanglah perkataan REDHA dalam dirinya.

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...


Benar sekali. Nak redha bukannya mudah tetapi...

"Kalian harus senantiasa redha kepada Allah Azza wa Jalla dalam keadaan senang mahupun susah, dalam keadaan baik maupun buruk, sihat ataupun sakit, kaya mahupun miskin, dan dalam keadaan sukses ataupun gagal. Aku tidak melihat ubat yang baik bagi kalian selain berserah diri kepada-Nya.

Jika Allah menakdirkan sesuatu bagi kalian, janganlah takut. Janganlah mengeluh kepada selain-Nya, sebab itu justru boleh menyebabkan bencana bagi kalian, Tenang dan diamlah! Jika kalian redha, Dia akan mengubah kesusahan kalian menjadi kebahagiaan!"

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...

Insyaa Allah.

Nak redha bukannya mudah, tetapi Dia akan mengubah kesusahan kita kepada kebahagiaan. Bukankah ada pepatah kata, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Biar harapan pada manusia punah, asal cinta pada Dia makin bertambah!

Ya Allah.. masukkan kami dalam golongan orang yang Engkau Redhai. Aamiin...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close