Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap

Resepi Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap. Sebelum ini ada juga saya share resepi agar-agar santan perisa sirap. Warna merah lah tu.., untuk kali ni saya kongsikan pulak resepi agar-agar santan pandan. Warna hijau pulak. Nampak sedap agar-agar santan yang warna hijau ni. Baru lepas makan kat jamuan open house tadi, terus tanya cara buat agar-agar santan dan warna pandan nampak sebati dan cantik. Oh ya.. dulu kita orang panggil agar-agar dengan panggilan lengkung. Ada tak lagi agaknya yang panggil lengkung?

Agar-agar pandan santan yang saya makan kat open house tadi rasanya pun sedap. Tak ada bau hanyir telur pun. Meh lah cuba resepi yang saya kongsikan di bawah nanti. Nak tahu cara hilangkan bau hanyir telur dalam agar-agar santan anda? Tengok caranya dihujung resepi ini nanti. Scroll sampai bawah ya...

Resepi Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap



Resepi Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap
Nampak kenyal dan cantik

Resepi Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap
Agar-agar pandan santan kegemaranku

Resepi Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap
Agar-agar pandan santan hijau menawan

Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar tali
4 @ 5 helai daun pandan - (dikisar dengan air sebanyak 150ml air )
1 bihi telur
1 kotal santan kotak
1 tutup botol perasa pandan - (kalau suka)
Gula kasar - ikut citarasa

Cara Masak Kuih Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap


1. Masukkan agar-agar & air sebanyak 1400ml dalam periuk.

2. Kacau sehingga hancur, masukkan gula secawan. Yang ni boleh ikut citarasa sendiri. Nak manis boleh letak lebih gula.

3. Bila agar-agar & gula dah hancur, baru boleh masukkan air daun pandan yang dikisar. Kalau air pandan itu pekat, tak perlu tambah pewarna hijau lagi. Air pandan ni jugak dah wangi. Kacau dalam 5 minit.

4. Campurkan telur & santan dalam mangkuk, kemudian baru masukkan dalam periuk. Dah masukkan kacau dengan perlahan & perlahankan api.

5. Agak-agak dah masak dalam anggaran masa 5-10 minit, tutup api.

6. Tuang dalam container/ loyang biarkan sejuk baru masukkan dalam peti ais.

Cara hilangkan bau hanyir telur dalam agar-agar santan anda? Masukkan sedikit esen vanilla dalam agar-agar anda. Masuk sekali ketika selepas masukkan santan.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close