Resepi Puyuh Masak Hijau Pasti Sedap. Daging puyuh ni sedap, manis dan lemak.. tulangnya bila digoreng rangup, sedap diratah macam tu je. Memang sedap. Biasanya kami order puyuh goreng sambal. Seekor anggaran harga RM6.00. Oleh kerana saiznya yang comel, kami mesti order lebih...
Puyuh goreng sambal biasanya warna merah sebab dimasak guna lada kering. Tapi, puyuh masak hijau dimasak guna cili hijau. Sebab itu namanya puyuh masak hijau.
Bahan-bahan:
4 ekor puyuh - dibelah 2, jika suka
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 kiub pati ayam knorr atau lainnya
125ml susu rendah lemak @ santan 1 kotak
200 ml air
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukup rasa
3 helai daun limau purut - dihiris halus
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
Bahan A - dikisar
10 biji cili hijau - dibuang biji
2 cm halia
2 cm lengkuas
5 ulas bawang merah
2 batang serai
2 sudu besar ketumbar - disangai
1. Perap puyuh dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. Goreng dengan minyak panas hingga separuh masak. Angkat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan A.
3. Bila terbit minyak, masukkan puyuh, kiub pati ayam knorr, susu @ santan kotak, air, garam dan gula.
4. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan agak kering. Jika puyuh masih belum empuk, tambah air lagi.
5. Hidangkan dengan taburan daun limau purut dan bunga kantan.
Selesai sudah resepi puyuh masak hijau yang dikongsikan. Lebih kurang masak lemak cili padi. Tapi resepi puyuh masak hijau di atas disediakan dengan menggunakan cili hijau. Cili hijau dan cili padi, lain rasanya dan tahap pedasnya ya.. jangan salah guna pulak. Hihi...
Selamat mencuba.
Puyuh goreng sambal biasanya warna merah sebab dimasak guna lada kering. Tapi, puyuh masak hijau dimasak guna cili hijau. Sebab itu namanya puyuh masak hijau.
Resepi Puyuh Masak Hijau Pasti Sedap
Bahan-bahan:
4 ekor puyuh - dibelah 2, jika suka
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 kiub pati ayam knorr atau lainnya
125ml susu rendah lemak @ santan 1 kotak
200 ml air
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukup rasa
3 helai daun limau purut - dihiris halus
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
Bahan A - dikisar
10 biji cili hijau - dibuang biji
2 cm halia
2 cm lengkuas
5 ulas bawang merah
2 batang serai
2 sudu besar ketumbar - disangai
Cara menyediakan Puyuh Masak Hijau Sedap
1. Perap puyuh dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. Goreng dengan minyak panas hingga separuh masak. Angkat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan A.
3. Bila terbit minyak, masukkan puyuh, kiub pati ayam knorr, susu @ santan kotak, air, garam dan gula.
4. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan agak kering. Jika puyuh masih belum empuk, tambah air lagi.
5. Hidangkan dengan taburan daun limau purut dan bunga kantan.
Selesai sudah resepi puyuh masak hijau yang dikongsikan. Lebih kurang masak lemak cili padi. Tapi resepi puyuh masak hijau di atas disediakan dengan menggunakan cili hijau. Cili hijau dan cili padi, lain rasanya dan tahap pedasnya ya.. jangan salah guna pulak. Hihi...
Selamat mencuba.
1 Comments
memang nampak sedap.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.