Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Jaliil

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Jaliil. Al- Jaliil maksudnya Dialah DZat Yang Maha Agung dan Mulia.

Allah Maha Mulia dalam penciptaanNya terhadap sesuatu dari sebesar zarah hinggalah sebesar laut dan bumi.

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Jaliil

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Jaliil


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Jaliilu = 73 kali


Ertinya : Maha Luhur / Yang Maha Agung dan Mulia / Maha Mulia / Maha Tinggi –Ianya maha kaya serba berkuasa, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

a) Banyakkan membaca "Yaa Jaliilu" sebanyak 73 kali pada sepertiga malam pada setiap malam, insyaa Allah Tuhan akan memberi perubahan yang mengagumkan pada dirinya.

Apabila dia seorang usahawan, maka perubahan perniagaannya amat menakjubkan. dapat mengukuhkan jawatan kita dalam pekerjaan.

Amalan berdoa dan berzikir dengan asmaul husna ini hendaklah dilakukan dengan penuh ketaqwaan dan pengharapan kepada Allah.

b) Jika ‘Al Jaliil’ ( الجليل ) ditulis pada kain atau kertas dan disimpan bersamanya seseorang itu, maka Allah akan mengurniakannya kemuliaan dan kehormatan.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close