Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan. Musim peperiksaan datang lagi. Ada anak-anak yang bakal duduki peperiksaan tak lama lagi, bersabarlah. Ibubapa orang yang ikut berdebar bila masa peperiksaan. Macam kita yang masuk dewan periksa. Buat kerja kat rumah atau kat office pun tak fokus. Lepas tu siap letak jadual periksa anak-anak dalam phone, sebab nak pantau dan ingatkan anak-anak tentang subjek yang bakal dijalani. Begitulah tensionnya ibubapa bila anak-anak periksa.
Baca ini dulu : Doa Bila Terlupa Dalam Dewan Peperiksaan
Kini, semua sekolah sedang menjalankan peperiksaan percubaan samada SPM atau PT3. Ini antara exam besar untuk pelajar sekolah menengah. UPSR pun dah habis trial, tinggal tunggu bulan depan untuk menjalani peperiksaan sebenar. Syabas kepada semua guru dan pelajar, semoga beroleh keputusan yang hebat dan cenerlang dalam peperiksaan masing-masing.
Antara nasihat saya kepada anak saya sebelum peperiksaan... jagalah hubungan dengan Allah dan manusia, insyaa Allah, Allah akan memudahkan urusannya dalam dewan periksa nanti. Solat dan mengaji, itulah terapi diri. Tidur cukup. Insyaa Allah, beroleh kecemerlangan.
Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari dari menduduki peperiksaan sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhawa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya:
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat parasyuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.
Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan
Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari dari menduduki peperiksaan sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
Doa memohon kejayaan cemerlang dalam rumi:
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhawa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya:
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat parasyuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.
Semoga anak-anak kita semua diberikan kesihatan yang baik, fikiran yang tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan bijaksana. Harapan besar pada generasi masa depan terletak di tangan mereka.
Ya Allah.. jadikanlah putera puteri kami anak yang soleh, pintar, cerdas, bijak dan berani serta warak. Semoga jadi pemimpin yang adil dan muslim yang cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin....
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.