Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Adalah Bersabar Dalam Rumahtangga. Memang benar perkara sabar adalah tindakan paling sukar untuk dilakukan dalam sesebuah rumahtangga. Sabar dengan anak-anak, isteri atau suami dan tak ketinggalan sabar menghadapi kerenah mertua dan ipar duai. Ada yang tersungkur di kaki kemarahan, ada juga yang tersingkir dalam ujian getir. Itulah ranjau dalam sebuah rumahtangga.
Mengulas tulisan saudari Fauziah Hashim dalam tulisannya bertajuk "Kita Isteri Yang Alpa"., saya amat setuju bahawa dugaan terbesar dalam rumahtangga adalah bersabar. Paling utama, sabar seorang isteri terhadap suaminya, ini yang paling kritikal.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Namun nak juga dinyatakan, bahawa bayangan perasaan dan prasangka dalam diri hendaklah dibuang jauh, semampu mungkin agar niat baik itu sentiasa bersih dalam redha.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.
Semoga dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, insyaa Allah pahala berpanjangan buat kita semua..
Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yang Allah Redha, suami redha kita sebagai isterinya. ..amiin..
Mengulas tulisan saudari Fauziah Hashim dalam tulisannya bertajuk "Kita Isteri Yang Alpa"., saya amat setuju bahawa dugaan terbesar dalam rumahtangga adalah bersabar. Paling utama, sabar seorang isteri terhadap suaminya, ini yang paling kritikal.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.
Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Adalah Bersabar Dalam Rumahtangga
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Namun nak juga dinyatakan, bahawa bayangan perasaan dan prasangka dalam diri hendaklah dibuang jauh, semampu mungkin agar niat baik itu sentiasa bersih dalam redha.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.
Semoga dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, insyaa Allah pahala berpanjangan buat kita semua..
Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yang Allah Redha, suami redha kita sebagai isterinya. ..amiin..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.