Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kena Rajin Letak Elemen SEO Dalam Artikel Jika Nak Blog Terima Banyak Trafik

Kena Rajin Letak Elemen SEO Dalam Artikel Jika Nak Blog Terima Banyak Trafik. Bila orang buat blog kita pun sama nak buat blog. Tapi bila orang berjaya jana income ribuan ringgit kenapa kita tidak? Dimanakah silapnya. Bila tengok blog orang lain macam best je, tapi blog kita hidup segan mati tak mahu? So, apa perlu buat bila keadaan ini berlaku kepada anda? Anda kenalah cari cara penyelesaiannya. Contohnya, pasang SEO dalam blog. Cari template yang 'seo ready' punya.. , ada banyak berlambak yang free dan mudah dioptimasikan.

Selain itu, terapkan elemen SEO dalam artikel anda. Ciri-ciri SEO yang mudah antaranya, tulis artikel yang panjangnya lebih 300 patah perkataan. Seterusnya sentiasa ada Heading, subheading, dalam artikel supaya lebih mudah pembaca pilih isi kandungan yang penting. Ruang Search Description jangan biar kosong.

Kena Rajin Letak Elemen SEO Dalam Artikel Jika Nak Blog Terima Banyak Trafik


Buat blog jangan malas. Tulis artikel pun jangan membuta tuli. Sudah banyak kali diajarkan oleh sifu-sifu blogger agar RAJIN sikit agar artikel anda boleh dapat ranking dalam Google SERP.

Kalau ada penyakit malas dalam diri, anda sendiri yang rugi. Berblog kerana minat itu bagus tetapi jika dengan blog anda boleh jana income beribu-ribu dalam masa sebulan.. itu satu BONUS. Siapa yang tak nak, kan?

Bagaimana saya dapat RM3,035 dalam masa sebulan dengan blog? Income dari Adsense saja pulak tu.. belum lagi dicampur dengan iklan-iklan yang saya dibayar sebagai publisher? Berbaloi kan?
Income Adsense bulan Jun 2017
Caranya... jangan MALAS buat artikel dengan elemen SEO. Mudah sangat caranya seperti saya tulis kat atas. Jangan tunding jari salahkan orang lain jika anda gagal dalam berblog.

Walaupun saya tulis resepi atau petua.. pun saya terapkan elemen SEO dalam tulisan saya. Mesti letak gambar! Satu gambar pun jadilah.. gambar pula jangan biar kosong tak ada nama. Letak alt image gambar tu, mudah dibaca oleh google..

Lagi satu saya nak pesan kepada diri sendiri dan juga pembaca semua, blogger khasnya buatlah sesuatu kerja dengan istiqamah. Bukan hangat-hangat tahi ayam, orang kata.., jangan cepat putus asa. Hari ni gagal, tak semestinya tak boleh terus berusaha. Jika dah minat, teruskan hingga dapat hasilnya. Hasil dari usaha ada banyak bentuk antaranya wang ringgit, sanjungan dari orang sekeliling, penghormatan, hadiah, kebahagiaan dan sebagainya.

Usaha tanpa jemu, orait!!

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian:)

    nak kena rajin lagi sikit. hehe

    ReplyDelete
  2. content is king...sekarang google bot sudah bijak..

    ReplyDelete
  3. betul. banyak je template seo ready yg free sekarang ni. dah tak ada alasan lagi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum income rm3k tu blog mana ek?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close