Sebagai persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah nanti, kita digalakkan memperbanyakkan amalan soleh untuk bekalan di hari akhirat.
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda,
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (dalam bulan Zulhijjah) - HR al Bukhari
Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah
Antara amalan yang sunat dilakukan adalah:
1. Puasa sunat dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah, terutama pada 9 Zulhijjah iaitu puasa sunat Hari 'Arafah
2. Solat sunat
3. Doa dan zikrullah
4. Baca dan tadabbur al Quran
5. Berinfaq
6. Menyebar luaskan ucapan salam
7. Solawat ke atas Nabi Muhammad SAW
8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi SAW
9. Eratkan silaturrahim dan ukhuwah
10. Hadir majlis ilmu agama
11. Nasihat menasihati tentang kebaikan
Ramai yang melakukan ibadah korban dengan tujuan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah melalui harta benda yang disayangi.
Sunat melakukan ibadat korban,
Dalam al Quran surah al Hajj, ayat 37..
(Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keridaan Allah) tidak dapat diterima di sisi-Nya (tetapi ketakwaan daripada kalianlah yang dapat mencapai keridaan-Nya) yaitu yang dapat sampai kepada-Nya hanyalah amal saleh yang ikhlas disertai iman. (Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya) yakni atas petunjuk-Nya yang telah membimbing kalian sehingga dapat mengetahui pertanda-pertanda agama dan manasik-manasik haji-Nya. (Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik) iaitu orang-orang yang mentauhidkan Allah.
Semoga kita sama-sama Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.