Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil


Petua Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil. Siapa pernah jadi macam ni, kaki bengkak ketika hamil? Saya pun pernah alaminya tambahan pula ketika hamil pertambahan berat badan pasti berlaku. Pengalaman ketika hamil adakala dapat membantu kita bercerita dengan kawan-kawan dan ahli keluarga tentang cara dan petua hilangkan bengkak kaki yang dialami. Kalau ikut cara saya, minta suami picit dan urut kawasan kaki yang bengkak beberapa ketika, pasti hilang bengkak kaki tu..

Kenapa jadi bengkak kaki kepada wanita hamil. Ia terjadi disebabkan pelepasan hormon-hormon sepanjang kehamilan telah memicu tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam). Tekanan dari pertumbuhan janin serta peningkatan volume darah ketika kehamilan itulah yang menyebabkan kaki bengkak.

Petua Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil
Petua rawat kaki bengkak ketika hamil

Petua Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil


1. Lumurkan asam jawa dan garam pada kaki dan tangan yang bengkak, (baru mengalaminya sebentar tadi selepas 30minit- 1jam alhamdulillah kaki bengkak dah surut)

2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangi gejala kaki bengkak, kerana mempermudahkan aliran darah kembali ke jantung.

3. Rebus beras barli dan minum airnya. Amalkan setiap hari untuk hilangkan kaki bengkak ketika hamil.

4. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kaki bengkak terjadi kerana ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon.

Semoga perkongsian tentang cara merawat kaki bengkak ketika hamil dapat membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi. Ada banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan namun apa yang penting adalah perhatian daripada pasangan agar mereka ikut sama berkorban menjaga kesihatan masing-masing terutamanya kepada ibu yang sedang mengandung itu.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close