Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kari Ketam Yang Sedap

Resepi Kari Ketam Yang Sedap. Sesekali masak ketam kari sedap jugak. Ketam antara seafood yang susah nak ditemui, kadang ada yang jual tapi ketamnya tak ada isi. Sebab ketam ada musim-musimnya bila nak dapat yang cantik molek.. itu yang saya tahu daripada abang ipar.

Kari ketam ni macam jugak masak kari ikan. Guna rempah kari ikan adabi pun sedap..

Resepi Kari Ketam Yang Sedap

Resepi Kari Ketam Yang Sedap


Bahan-bahan:

500 gram ketam (dibersihkan, dibuang cengkerang dan belah dua)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar biji sawi
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
beberapa helai daun kari

Cara masak Kari Ketam Yang Sedap 


1. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

2. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bahan tersebut hingga naik bau. Kemudian, masukkan jintan putih, jintan manis, rempah kari, sedikit air, daun kari dan biji sawi. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Selepas itu masukkan ketam dan gaul rata.

4. Kecilkan api kepada sederhana, curahkan santan dan tutup kuali atau periuk. Biar mendidih selama 5 - 7 minit agar ketam masak sepenuhnya. Akhir sekali masukkan garam dan kacau rata.

5. Kari ketam anda sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Resepi Kari Ketam Yang Sedap

Kuah Kari ketam yang manis berlemak juga sedap dimakan dengan lempeng kelapa, roti canai dan lain-lainnya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close