Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Laksa Johor Asli Paling Sedap

Resepi Laksa Johor Asli Paling Sedap. Laksa kegemaran saya adalah laksa Johor. Ada banyak versi yang pernah dirasa namun nak dapat yang original atau asli memang payah. Ada yang dapat kuah lebih masin, dan ada pula warna dah cantik, tawar pulak dan kurang lemaknya. Haha.. cerewet pulak. Ya dak?

Orang kata kalau dah cerewet tu, buatlah sendiri. Jenuhlah jugak cari resepi di google dan majalah masakan yang berlambak kat rumah ni. Kalau buat mee kari, sayalah juara!! Hihi...

Resepi Laksa Johor Asli Paling Sedap
Gambar hiasan laksa johor asli

Alhamdulillah, setelah puas menggogle cari resepi laksa Johor yang asli, maka saya telah temui di Gallery Mamamimi. Anda boleh terus klik pada pautan untuk melawat blog tersebut. Memang betul, kalau nak rasa laksa johor yang asli, tengok dari cara buat dan resepinya. Mesti ada campuran dua jenis ikan dalam pembuatan kuahnya. Dan, yang bezakan sedap atau tak laksa johor tu, adalah pada kuahnya.

Resepi Laksa Johor Asli Paling Sedap  


Resepi Laksa Johor Asli Paling Sedap
Gambar hiasan set laksa johor

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 kg ikan kembung (direbus & diambil isinya)
500 gram ikan parang / ikan tenggiri (direbus & ambil isinya)
(ambil air rebusan ikan - sebahagian untuk mengisar bahan A, sebahagian lagi untuk dicampur ke dalam kuah laksa)
500 gram udang basah (direbus dan diambil isinya)
(air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dengan 1 mangkuk besar air)
3 keping ikan kurau masin
4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah
1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.

Bahagian B :

20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
2 cm kunyit
1/2 keping belacan
9 sudu besar ketumbar
3 sudy besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada sulah (ikut suka )
2 biji buah keras (ikut suka)
1 paket kecil kerisik (ikut suka)

Kesemua bahan B di atas dikisar halus.


Bahan C :

1 kepal/genggam asam jawa (anggaran sebesar telur itik) dan 1 cawan air - air asam jawa
(kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)
2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya (boleh gunakan 1 kotak sedang santan kotak)
3 sudu besar gula melaka
1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)
ajinomoto, gula, garam secukup rasa
1 paket rempah kari ikan (jika suka)
Minyak secukupnya untuk menumis


Spaghetti :

Direbus dan kalau boleh dicap (dipintal menjadi seperti nombor 8)

Ulam-ulaman laksa :

Limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan (campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)

Cara menyediakan Laksa Johor Asli Paling Sedap


1. Panaskan minyak, kemudian tumiskanBahan B hingga wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.
5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.

Resepi Laksa Johor Asli Paling Sedap 


Taraa... siap dah untuk dihidangkan laksa johor asli paling sedap.

Kalau nak pedas, letak sambal belacan lebih sikit. Kalau tak suka tak perlu letak. Tapi kalau anda beli di bazaar ramadhan, pasti ada terselit sepaket sambal belacan. Sebab.. kalau tak ada sambal belacan, orang akan cari.., tak kaw kalau tak ada sambal belacan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close