Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sotong Kering Sambal Belacan

Resepi Sotong Kering Sambal Belacan. Salam hari minggu kepada semua pembaca blog. Kalau hari minggu ada je mikir apa nak dimasak, lauk, sayur dan sebagainya. Selepas penat keluar masuk dapur, akhirnya saya nak masak sotong kering dengan sambal yang diletak belacan. Sikit je belacan tu. Jadilah nama resepi tu, Sotong kering sambal belacan.

Sotong kering ni liat ketika sejuk, jadi kena rendam dengan air panas dulu sebelum memasaknya atau rebus sekejap. Jangan rebus lama-lama nanti hilang rasanya. Bila jadi lembik sangat pun dah tak sedap bila dimasak nanti. Itulah pengalaman yang pernah saya lalui.

Resepi Sotong Kering Sambal Belacan
Gambar hiasan -sotong kering
Kat mana nak cari sotong kering? Banyak dijual di pasar, di kedai runcit dan kat pasar tani.

Resepi Sotong Kering Sambal Belacan


Bahan-bahan:

600 gram sotong kering (potong 1cm X 2cm)
250 gram @ 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
30 gram @ 2 ulas bawang putih
100 gram @ 15 tangkai cili kering (rebus dan kisar halus)
15 gram @ 1 inci belacan kampung
20 ml  @ 2 sudu besar air asam jawa
50 gram @ 2 papan petai
1 biji tomato - untuk hiasan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan sotong kering sambal belacan


1. Rendam dan basuh sotong kering sehingga bersih. Potong ikut saiz yang anda suka

2. Panaskan minyak dan tumiskan belacan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya.

3. Setelah cukup masak dan naik baunya, masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga masak.

4. Masukkan sotong kering, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

5. Apabila sotong kering telah kembang, boleh angkat dan hidangkan. Boleh masukkan perasa jika suka.

Selamat mencuba resepi kegemaran kami ini iaitu sotong kering sambal belacan. Kalau tak suka petai, anda boleh abaikannya. Rasa sotong kering pun masih sedap.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close