Tombiruo Filem Adaptasi Novel Ramlee Awang Murshid Lakonan Zul Ariffin. Tombiruo adalah novel misteri yang popular dan buku bestseller sejak diterbitkan beberapa tahun lalu. Siapa tak kenal dengan penulisnya iaitu saudara Ramlee. Beliau terkenal sebagai penulis yang menulis novel genre mistik atau seram. Kalau tengok kulit novel-novelnya semua penuh mistik..
SEJAK pengumuman adaptasi filem daripada karya novelis terkenal, Ramli Awang Murshid iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba dibuat, ramai yang mula berteka-teki siapakah yang bakal diangkat sebagai teraju utama yang membawakan watak Ejim atau Tombiruo.
Dan kini, teka-teki tersebut terungkai apabila Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan selaku penerbit, mengumumkan barisan pelakon berserta pengarahnya.
Antara pelakon yang terlibat di dalam filem itu adalah Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda.
Tombiruo sebuah karya arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Dynaz Mokhtar, Faye Khusyairi dan ramai lagi.
Zul diamanahkan membawa watak Ejim atau Tombiruo, iaitu penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan Keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.
Insiden hutan - rumah tempat tinggalnya di ceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda itu yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab.
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.
Ulasan dari pembaca:
Ejim yang telah dibesarkan seorang pelarian perang memang mendapat tunjuk ajar yang baik. Rupa Ejim yang berlainan menyebabkan dia tetap kekal di dalam hutan dan menjadi menjaga sebahagian hutan yang dimiliki oleh Datuk Karim. Malapetaka yang telah menimpa Datuk Karim dan anaknya telah mengundang satu misteri kepada Amiruddin, menantu Datuk Karim dan keluarga.
Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama.
Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.
Demi menjayakan karakter Ejim atau nama lainnya Tombiruo, Zul Ariffin sanggup mengubah rutin pemakanan dan penjagaan badan demi mendapatkan tubuh yang ideal.
“Sebelum memulakan penggambaran, berat badan saya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada minta saya turunkan sedikit badan kerana kalau ikut logik pun, mana ada lelaki yang duduk dalam hutan ada badan yang begitu kekar.
Tambah Zul, antara cabaran lain yang perlu dihadapinya adalah penghayatan karakter dan penyampaian emosi dari gerak badan dan mata.
“Saya tidak banyak dialog dan banyak menggunakan bahasa badan termasuk gerakan mata untuk berkomunikasi kerana watak itu sering memakai topeng.
Sumber:
1) Sinar Harian
2) Norhazlina - sinopsis buku
SEJAK pengumuman adaptasi filem daripada karya novelis terkenal, Ramli Awang Murshid iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba dibuat, ramai yang mula berteka-teki siapakah yang bakal diangkat sebagai teraju utama yang membawakan watak Ejim atau Tombiruo.
Dan kini, teka-teki tersebut terungkai apabila Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan selaku penerbit, mengumumkan barisan pelakon berserta pengarahnya.
Antara pelakon yang terlibat di dalam filem itu adalah Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda.
Tombiruo sebuah karya arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Dynaz Mokhtar, Faye Khusyairi dan ramai lagi.
Sinopsis Tombiruo Karya Ramlee Awang Murshid
Insiden hutan - rumah tempat tinggalnya di ceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda itu yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab.
Sinopsis Dari Novel:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.
Ulasan dari pembaca:
Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama.
Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.
Demi menjayakan karakter Ejim atau nama lainnya Tombiruo, Zul Ariffin sanggup mengubah rutin pemakanan dan penjagaan badan demi mendapatkan tubuh yang ideal.
“Sebelum memulakan penggambaran, berat badan saya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada minta saya turunkan sedikit badan kerana kalau ikut logik pun, mana ada lelaki yang duduk dalam hutan ada badan yang begitu kekar.
Tambah Zul, antara cabaran lain yang perlu dihadapinya adalah penghayatan karakter dan penyampaian emosi dari gerak badan dan mata.
“Saya tidak banyak dialog dan banyak menggunakan bahasa badan termasuk gerakan mata untuk berkomunikasi kerana watak itu sering memakai topeng.
Sumber:
1) Sinar Harian
2) Norhazlina - sinopsis buku
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.