Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan. Peperiksaan bukanlah musuh yang mesti digeruni sebaliknya ia adalah sebuah harapan yang mesti ditempuhi dengan tabah dan kuat semangat. Kita tak tahu samada kita akan berjaya atau gagal. Mengapa mesti takut untuk menghadapinya? Jika bekalan dah cukup lengkap, redah dan tempuhlah dengan yakin. Kita tak tahu keupayaan kita jika tak melakukannya dengan sehabis baik. Betul tak adik-adik?

Kami tahu ramai rakan kita yang sedang berjuang di dewan periksa. Ada yang sedang jalani trial SPM, PT3, UPSR dan sebagainya. Janganlah cemas ya.. kalau kamu cemas, ibubapa lagilah gelabah. Hihi.. fokus dan lakukan dengan yakin. Ok!


Jangan dilupakan doa-doa memohon kecemerlangan dalam peperiksaan, doa dengan seikhlasnya.


Ibubapa juga boleh melaksanakan tanggungjawab masing-masing terhadap permata hati tercinta. Ada doa dan zikir yang boleh diamalkan juga..

Baca juga >>> {Doa Ibubapa Setiap Hari Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan}

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan


Ada banyak kata-kata semangat dan motivasi yang boleh diberikan kepada anak-anak, rakan-rakan dan sahabat yang akan menghadapi peperiksaan. Jom renungkan kata-kata motivasi di bawah.

Baca 👉👉 👉 Persediaan belajar ke Mesir dalam bidang perubatan 

1. Bayangkan kejayaan bukannya kegagalan. Jangan stress tak tentu hala. Lalui peperiksaan dengan senyuman. Bayangkan anda berjaya mencapai keputusan cemerlang. Anda pasti dapat melakukan yang terbaik ketika di dalam dewan peperiksaan.

2. Orang-orang berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian mnjadi realiti.

3. Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.

4. Sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakal.”
— Surah Ali’Imran ayat 159

5. Kemiskinan orang berilmu adalah kemiskinan ikhtiar. Manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

6. Berhenti merungut dan mengutuk. Kedua-duanya buat kita stress. Itu tandanya kita orang yang kurang bersyukur. Buangkan rungutan dan kutukan dalam minda. Insyaa Allah ilmu mudah masuk dalam fikiran.

7. Minta dan bayangkan kejayaan dalam doa. Bila berdoa minta kejayaan dan bukannya gagal. Apabila menyebut kejayaan dalam doa, bayangkan apakah rasanya bila doa itu benar-benar dimakbulkan.

■ Baca juga .. Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Yang Tersayang

◾ Baca juga : 10 tips kebahagiaan anak-anak oleh Prof Dr Muhaya


8. Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa. Kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan.

9. Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat menyatakan apa yang dia mahu dengan secara ringkas.

10. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran dan tingkah lakunya juga. 

11. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh/ tidak disengajakan. Sebaliknya mereka lebih menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamat. Kejayaan pasti digenggam di satu hari yang pasti. 

12. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya. Dan insan yang paling mulia adalah yang tidak melihat kemuliaannya.

13. Belajarlah ilmu feqah sebelum kamu menjadi ketua, jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.


LIKE, SHARE:


14. Allah SWT hanya menilai usaha kita dan bukan hasilnya. Justeru, buatlah sedaya kemampuan kita dan serahkanlah urusan takdir kepada Allah.

Semoga anda semua rakan pembaca blog ini dapat menyampaikan ucapan kata-kata inspirasi kepada anak-anak atau rakan dan sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan. Berikan kata-kata luar biasa anda agar mereka bersemangat membawa kejayaan di hujung penantian.

Selamat berjaya..

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. selamat berjaya semua pelajar yg akan ambil exam... dan tuk saya jua.... hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close