Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Menu Diet Sihat Yang Ringkas

Aneka Resepi Menu Diet Sihat Yang Ringkas. Dah puas makan macam-macam? Maklumlah... lepas habis musim perayaan, berat badan naik tak menentu. Apa kata kita mulakan diet semula, diet sihat dengan menu yang ringkas dan mudah.

Kalau nak ambil diet, kena ada displin dan sifat rajin. Kalau malas, maaflah.. benda dah tersedia depan mata pun tak jalan! Haha..

Aneka Resepi Menu Diet Sihat Yang Ringkas


Menu diet ringkas yang disediakan di bawah adalah sebagai alternatif kepada anda yang sedang mengamalkan diet secara teratur. Anda bileh pelbagaikan mengikut kreariviti sendiri.

1. Telur rebus air, Bayam & Cendawan


Aneka Resepi Menu Diet Sihat Yang Ringkas

2 biji telur
1 cawan cendawan
1 cawan bayam

1. Masukkan air ke dalam kuali, tambah cuka dan sedikit garam. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan bila air telah mendidih, curahkan telur ke dalam kuali. Masak dalam 3 minit dan kemudian buat untuk telur yang satu lagi.

2. Panaskan kuali dengan beberapa titik olive oil. Masukkan cendawan dengan garam, serbuk lada hitam dan perisa. Boleh tambah serbuk ikan bilis jika suka. Masak selama 10 minit atau hingga cendawan masak.

3. Cuci bayam hingga bersih. Potong nipis. Tumis dengan olive oil, titisan jus lemon dan perisakan dengan garam.

2. Udang, Krim Keju & Mee Lobak


Aneka Resepi Menu Diet Sihat Yang Ringkas

2 cawan udang
1 sudu makan butter
1 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1/2 batang zuchini
1 cawan yogurt

#Zucchini atau labu kecil ialah sejenis sayur daripada keluarga labu dalam spesies cucurbita pepo yang boleh mencapai hampir satu meter panjang dan jangan terkejut ia boleh dijadikan kayu pemukul bola lisut.

1. Cairkan butter atas kuali dengan api sederhana. Masukkan udang, garam dan lada hitam dan bawang putih. Kacau rata dan masak hingga 15 minit atau bila udang telah masak.

2. Parut halus lobak dan Zucchini, gaulkan dengan olive oil, garam dan jus lemon.

3. Tambahkan krim keju dalam bekas kosong, perasakan dengan oregano dan hirisan daun sup.

3. Dada Ayam, Tomato Cherry & Avocado


Aneka Resepi Menu Diet Sihat Yang Ringkas

1 ketul dada ayam
1 sudu makan biji sawi
1/2 biji avocado
1 cawan tomato cherry

1. Gaulkan dada ayam dengan garam dan taburkan dengan biji sawi. Balut dengan kertas timah, titiskan dengan olive oil dan bakar selama 30 minit dengan 180 darjah celcius.

2. Masukkan dalam bekal makanan anda bersama-sama dengan tomato cherry dan buah avocado yang telah dibuang kulitnya.

Siap. Simple nya menu diet kita... haha

Bagaimana senarai menu yang saya cadangkan di,atas? Mudah menyediakannya? Anda tak cukup masa? Jika dilihat dari menu yang dikongsikan, semuanya mudah belaka. Tiada alasan untuk anda tidak boleh amalkan diet sihat dengan menu sihat di atas.

Selamat mencuba dengan displin dan matlamat yang kuat. Anda boleh!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close