Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buat Blog Niche Yang Sama Tetapi Kenapa Blog Kita Gagal?

Buat Blog Niche Yang Sama Tetapi Kenapa Blog Kita Gagal? Blog paling popular dan paling banyak niche dipilih oleh blogger adalah blog resepi dan blog sukan serta blog hiburan? Betul kah? Mungkin ada benarnya..

Kebanyakan blog yang sama niche akan laporkan maklumat yang sama, cerita artis yang serupa, resepi yang sama. Yang viral tu lagi ramai yang akan siarkan sesuatu cerita..

Buat Blog Niche Yang Sama Tetapi Kenapa Blog Kita Gagal?

Tetapi tahukah anda, berita dan cerita yang serupa akan ada yang top kat enjin carian. Kenapa? Kerana cara mereka siarkan cerita atau artikel itu yang membezakannya. Setiap blog yang sama niche, blog anda mesti kena hadir dengan x-factor yang blog lain tak ada. Faham kut??

Buat Blog Niche Yang Sama Tetapi Kenapa Blog Kita Gagal?


Jom perhatikan kenapa blog kita gagal berada di muka pertama enjin carian..

1. Copy Paste Tetapi...


Baik. Hidup ini memang copy dan paste. Sedangkan kita belajar berjalan dan makan pun dari copy dan paste kelakuan ibu bapa kita. Kan?? Begitu juga dalam berblog. Boleh nak buat copy paste tetapi anda kena lebih bijak mengeksploitasi ayat, kandungan, dan struktur artikel anda. Kalau anda bijak, hasil artikel anda yang copy paste dari orang lain mestilah lebih hebat dan berada di muka pertama enjin carian.

Boleh buat begitu? Kalau boleh, anda akan berjaya walau ada 10 ribu blog dengan niche yang sama.

2. Tidak amalkan ilmu SEO


Kenapa niche blog yang kita buat gagal tetapi orang lain berjaya. Kenapa? Saya berani jamin bahawa kebanyakan blog yang berjaya adalah kerana mereka letak elemen SEO dalam blog dan konten yang dia orang hasilkan. Kalau tak guna SEO tapi berjaya boleh.. dengan syarat anda kena ada nama yang besar (popular) atau ada fanpage yang berjumlah ratusan ribu.

So, buatlah artikel dengan elemen SEO, jangan malas! Orait!


3. Fanpage tak ramai followers


Seperti yang saya bagitau kat atas tadi, fanpage yang punya followers yang ramai memang amat berguna bagi anda yang nak berjaya dengan niche blog yang biasa, yang semua orang nak buat. Tapi jika fanpage anda terlalu sedikit macam saya.. memang anda akan ketinggalan.

Sebab itu orang lain boleh berjaya dengan niche yang sama kerana telah mempunyai fan based yang kuat dan luas. Mereka inilah yang akan support blog-blog tersebut.

4. Tiada gambar yang sesuai


Lagi satu, kenapa blog orang lain dengan niche yang sama dengan anda berjaya tetapi anda tidak.. mungkin cara anda menampilkan entri kurang menarik dengan paparan gambar yang kurang sesuai. Ingat ya, letak satu atau dua gambar dalam sesebuah entry sudah cukup. Tak perlu letak berpuluh..

Dan, jangan langsung tiada gambar. Itu google tak berapa suka.. hihi.. ;)

5. Tidak jujur dalam menulis blog


Apakah perasaan anda ketika anda sedang menulis blog? Adakah terpaksa atau rela. Adakah menulis blog sebab ikut ikutan? Apakah anda rasa gembira ketika menulis entri.. (macam saya ni.. hihi). Ya! Saya gembira untuk kongsikan artikel ini dengan anda semua. Dan, saya fikir kalau sesiapa nak copy paste artikel ini nanti, silakanlah.. haha

Sebab apa kita kena gembira dengan apa yang kita buat? Kerana aura kita dan fokus apa yang kita tulis itu akan sampai kepada pembaca sebagaimana yang kita kehendaki.

Jujur juga bermaksud anda copy paste hasil kerja orang, jadi anda kena bertanggungjawab. At least, beri kredit backlink kepada blog mereka. Jangan tak jujur, okay!

Buat Blog Niche Yang Sama Tetapi Kenapa Blog Kita Gagal?

Insyaa Allah anda akan berjaya, kaya dan tenang.. di dunia dan juga di alam yang kekal nanti.

Saya berharap sedikit tulisan saya berkaitan Buat Blog Niche Yang Sama Tetapi Kenapa Blog Kita Gagal? akan memberikan anda ruang dan peluang memperbaiki blog agar terus maju ke depan dan tidak gagal lagi.

Selamat berjaya.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Beridentiti sendiri dakam berkongsi entri itu sangat penting...setuju sangat..yang penting gembira menulis dan berkongsi..dari hati pasti terkesan ke hati juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih PC dah singgah sini. Tulis kerana berkongsi.. bukan keuntungan semata2--

      Delete
  2. perkongsian yang sangat menarik..
    setuju sangat masa menulis tu hati kena gembira..
    terasa lebih bermakna dan puas hati dapat sampaikan mesegnya..
    harapannya sampai lah juga ke hati pembaca.. =)

    ReplyDelete
  3. Ideally you want to be in first position on page 1 as that is where the traffic and the money is, but without decent SEO and plenty of quality backlinks it is impossible to get there. buy backlinks online

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close