Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Bersihkan Hati Dari Hasad Dan Dengki

Cara Bersihkan Hati Dari Hasad Dan Dengki. Cara bersihkan hati dari sakit hati. Cara buang sikap tamak haloba dalam hati. Semua penyakit hati yang tak nampak pada zahir tapi boleh dilihat dari perbuatan. Semua boleh nampak dari percakapan. Walau kita cuba sorokkan, tetap penyakit hati akan terkeluar dari perbuatan dan tindakan. Hasad dan dengki boleh menyebabkan kerosakan, kemusnahan dan kesengsaraan.

Orang yang hatinya dipenuhi berbagai kotoran dan penyakit, hidupnya akan dikongkong berbagai masalah dan kesulitan yang tidak pernah habis. Didunia hidup menderita dan di akhirat akan lebih menderita lagi.


Cara Bersihkan Hati Dari Hasad Dan Dengki


“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain, (kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (An Nisa: 32).

Cara Bersihkan Hati Dari Hasad Dan Dengki


Bagaimana caranya nak bersihkan hati? Kalau dengar ceramah ustaz masa kat asrama dulu katanya guna cloroc? Haha.. boleh ke cara itu? Dengan kita bersih sekali, ya tak? .. (sekadar bergurau)

Ingat mati 


Selalu ingat mati boleh membersihkan hati dari ahsad dan dengki. Bila ingat mati kita akan rasa lebih takutkan keadaan diri kita sendiri daripada nak sibuk dengki dan khianat kat orang lain. Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia. Melihat natijah dan hikmah sesebuah kematian, menjadi kita insaf bahawa semua manusia sama di sisi Tuhan.

Membaca al Quran


Daripada al Quran kita dapat banyak pelajaran, pendidikan, kisah-kisah Nabi yang terdahulu dan pengajaran disebalik segala kejadian yang berlaku. Banyak surah dalam al Quran yang menerangkan keadaan di alam akhirat nanti, syurga dan juga neraka. Jadi, dengan perbanyakkan membaca, memahami dan seterusnya mengamalkan apa yang terkandung dalam al Quran.. kita jadi takut untuk mengkhianati orang lain. Apatah lagi begitu banyak contoh dan pembalasan terhadap orang yang kotor hatinya kepada makhluk Allah yang lain.

Istighfar


Beristighfar sebanyak-banyaknya. Istighfar adalah salah satu cara kita merawat hati yang kotor akibat hasad dan dengki kepada orang lain. Bacaan istighfar dapat memadam satu (1) titik hitam dalam hati kita.

Sabda junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,

“Ada seketul daging, yang jika baik daging itu, maka baiklah insan itu, itulah hati,..”…

Hati raja yang mutlak,.. kerana itu proses membersihkan hati adalah sunnah Rasulullah, bersihkanlah hati dengan istighfar ,..

Kesimpulan


Hati dan qolbu yang sihat dimiliki oleh orang yang beriman, tawakkal, bertakwa, sabar, ikhlas , jujur, amanah, dan selalu berdzikir mengingat Allah dimanapun dia berada. Berbahagialah orang yang selalu berusaha membersihkan hatinya dari berbagai penyakit, hasad dan dengki. Bersihkan hati yang kotor dengan beristighfar, membaca al Quran dan ingat mati.  - sumber

Semoga perkongsian ini dirahmati Allah SWT dan kita menjadi hambaNya yang terpilih untuk mendapat taufik dan hidayahNya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close