Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Gadai Dan Menang 1 Kilogram Emas Bank Rakyat

Gadai Dan Menang 1 Kilogram Emas Bank Rakyat. Siapa yang minat emas dan ada stok emas dalam tangan, yang tak dipakai.. bolehlah digadai kepada Bank Rakyat. Dalam tempoh gadai emas tu sempatlah pula masuk peraduan GADAI & MENANG EMAS 1 KILO. Bersinar terang tak mata tu bila saya tulis tentang emas 1 kilo?? Hihi.., siapa tak suka emas, kan?

Saya siarkan semula artikel dari Utusan online.. - Kuala Lumpur; Bank Rakyat komited meningkatkan nilai transaksi emas Ar-Rahnunya kepada 30 peratus sebulan dengan pengenalan kempen Emas 1 kilogram (kg) berlangsung selama setahun.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani berkata, sejak kempen itu diperkenalkan 1 Ogos lalu, pihaknya menerima sambutan begitu menggalakkan.

Katanya, kempen berkonsepkan gadai dan menang itu diadakan bagi membolehkan masyarakat lebih mengenali dan memahami produk Ar-Rahnu Bank Rakyat. 

Gadai Dan Menang 1 Kilogram Emas Bank Rakyat



Gadai Dan Menang 1 Kilogram Emas Bank Rakyat
Kempen Emas 1 Kilo
“Menerusi kempen ini, 100 pemenang bertuah akan dipilih secara bulanan dan pemenang hadiah utama bakal memenangi satu kilogram jongkong emas yang akan diumumkan selepas kempen berakhir.
“Kami mahu masyarakat memahami bahawa mereka boleh menggunakan emas sebagai aset untuk dilaburkan bagi meningkatkan taraf ekonomi individu serta menjana ekonomi negara,” katanya pada sidang media pengenalan kempen Emas 1 Kilo, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden Perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat Dr Mokhrazinim Mokhtar dan Pengurusnya Mohamad Azwani Asa’d.

Kempen Emas 1 Kilo ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Julai 2018 tahun depan dan menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan nilai keseluruhannya RM500,000.

Nizam berkata, Bank Rakyat ingin mengubah persepsi masyarakat mengenai perkhidmatan pajak gadai Islam iaitu bukan hanya untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan sebaliknya pelanggan boleh menyimpan aksesori emas dengan selamat serta jauh daripada unsur riba yang dilarang Islam.

“Perkhidmatan ini terbuka kepada golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

KEMPEN EMAS 1 KILO 2017/2018 

Terma dan Syarat 

A. Syarat-syarat dan Kelayakan Kempen

1. Terbuka kepada semua pelanggan warganegara Malaysia kecuali wargakerja Bank Rakyat.

2. Mekanisma penyertaan adalah seperti berikut:

a) Berkonsepkan Gadai dan Menang
b) Tiada had minimum bagi nilai gadaian.
c) Tiada had minimum bagi tempoh gadaian dengan syarat masih kekal sebagai pelanggan semasa undian dijalankan.

3. Penyertaan kempen ini adalah tertakluk pada kelulusan Bank Rakyat sepenuhnya dan juga terma dan syarat yang terkandung di sini.

4. Bank Rakyat mempunyai hak mutlak untuk meluluskan atau menolak sebarang penyertaan.

5. Semua keputusan yang dibuat oleh Bank Rakyat adalah muktamad dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

B. Tempoh Kempen 

1. Tempoh sah Kempen Emas 1 Kilo 2017/2018 bermula dari1 Ogos 2017 hingga 31Julai 2018.

2. Bank Rakyat mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.


C. Tawaran Kempen


1. Hadiah-hadiah kempen yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
Kempen Emas 1 Kilo

2. Setiap pemenang hanya layak untuk menerima satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen KECUALI untuk Hadiah Utama.

3. Hadiah akan didaftarkan atas nama pemenang yang layak sahaja.

4. Hadiah barang kemas tidak boleh ditukar ganti kepada tunai.

5. Bank Rakyat mempunyai hak mutlak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah yang lain tanpa perlu memberi sebarang notis kepada pemenang.

Sementara itu, Mokhrazinim berkata, buat masa ini Ar-Rahnu mempunyai 600,000 pelanggan terdiri daripada Melayu (70 peratus) dan India (30 peratus).

Beliau berkata, 80 peratus pelanggan perkhidmatan Ar-Rahnu Bank Rakyat membabitkan pinjaman, manakala 20 peratus lagi menggunakan khidmat simpanan emas.

Setakat ini, ada 187 rangkaian Ar-Rahnu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang menawarkan upah simpan serendah 65 sen bagi setiap RM100 nilai emas dipajak atau disimpan. 
Baca maklumat selanjutnya di Kempen Emas 1 Kilo Bank Rakyat 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close