Pahala Berselawat Ke Atas Rasulullah Pada Hari Jumaat. Salam jumaat al mubarak. Jumaat yang barakah. Alhamdulillah, umur kita masih panjang, masih diberikan peluang bernafas di atas muka bumi yang luas terbentang ini. Nikmat TuhanMu yang manakah nak didustakan? Pagi jumaat ni, selepas subuh sempatkah anda berselawat? Kerana, ganjaran pahala kepada mukmin yang berselawat kepada Nabi Muhammad dan para sahabat amatlah besar.
Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku.” (HR. Tirmidzi no. 484. Ia berkata: Hadits hasan gharib)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)
Bila pada hari biasa kita membaca selawat kepada Nabi, kita diletakkan paling hampir dengan Rasulullah di hari kiamat.. apatah lagi jika kita membacanya pada hari Jumaat. Ganjaran pahala yang besar diberikan kepada kita yang berselawat terutamanya pada hari mulia hari Jumaat.
Berselawat kepada Nabi Muhammad amatlah digalakkan kerana pada hari kiamat nanti, kita mengharapkan syafaat daripada baginda. Jadi, ketika di dunia.. berbuat amal sebanyak mungkin, antaranya membaca selawat kepada baginda agar kita antara golongan yang diberikan syafaat.
1. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
2. Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali (80) sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
3. Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Alhamdulillah.
Semoga perkongsian ini memberikan kita rahmat dan hidayat Allah dalam meneruskan perjalanan menuju abadi. Diharapkan agar perkongsian ini juga dirahmati Allah.
Jom cintakan rasul.. untuk menambah kuat keyakinan kita kepada sang Pencipta.
Pahala Berselawat Ke Atas Rasulullah Pada Hari Jumaat

Jom berselawat |

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.