Petua Rebus Daging Cepat Lembut Dan Empuk. Jangan panik bila daging lembu atau daging kambing anda susah nak lembut atau empuk apabila dimasak. Ada banyak cara nak lembutkan daging, ada yang saya dengar gunakan panadol. Nescaya empuk daging anda dalam masa cepat. Betul atau bohong, kena cuba.. baru tahu!
Kalau tak berani guna panadol, cuba ikuti cara-cara dan petua lembutkan daging dengan cepat secara tradisional. Tak risau keracunan kut.. hihi
Lagi satu, jika masak daging atau ayam, masukkan garam paling akhir sekali. Itu petua yang saya baca dalam majalah masakan. Sebab, bila masuk garam awal-awal, daging atau ayam akan keras dan susah nak lembut kerana telah disejat dengan garam tadi.
Caranya?
Mudah saja. Ada yang kata letak sudu besi dalam periuk ketika rebus daging. Ada yang pesan suruh letak daun nangka. Ada yang kata letak santan lebih.. mana satu yang betul?
Semua orang ada cara dan petua masing-masing. Petua nak lembutkan daging dengan cepat antaranya adalah:
Pertama, gunakan tebu. Sebarang jenis tebu boleh digunakan, buang kulit dan bersihkan. Potong tebu tadi secara memanjang seruas-seruas. Kalau nak buat daging rendang, masukkan isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk menyediakan rendang. Kemudian, masaklah sampai rendang daging itu empuk. Rasa pun sedap tu.., begitu juga kalau nak buat sup daging, masukkan aje dengan bahan-bahan masak sup. Mudah, kan?

Petua Rebus Daging Cepat Lembut |
Petua Rebus Daging Cepat Lembut
Ada orang ajar kat saya cara nak lembutkan masak daging dengan cepat. Jika tidak, makan masa nak menjaganya.. lagi-lagi time nak masak rendang. Iya lah.. ada banyak stok daging korban dalam peti ais tu..Caranya?
Mudah saja. Ada yang kata letak sudu besi dalam periuk ketika rebus daging. Ada yang pesan suruh letak daun nangka. Ada yang kata letak santan lebih.. mana satu yang betul?
Semua orang ada cara dan petua masing-masing. Petua nak lembutkan daging dengan cepat antaranya adalah:
Pertama, gunakan tebu. Sebarang jenis tebu boleh digunakan, buang kulit dan bersihkan. Potong tebu tadi secara memanjang seruas-seruas. Kalau nak buat daging rendang, masukkan isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk menyediakan rendang. Kemudian, masaklah sampai rendang daging itu empuk. Rasa pun sedap tu.., begitu juga kalau nak buat sup daging, masukkan aje dengan bahan-bahan masak sup. Mudah, kan?
Kedua, macam yang saya sebut kat atas tadi, boleh juga guna daun nangka. Itu yang mak saya selalu buat. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian, masukkan sahaja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama daging yang hendak direbus. Insyaa Allah cepat lembut daging anda itu.
Ada yang kata boleh guna daun betik dan juga buah keras boleh lembutkan daging yang liat. Tak mengapa, boleh dicuba. Anda yang mengolah masakan anda, terpulang ikut cara mana nak lembutkan daging.
Selamat mencuba.
1 Comments
Sebenarnya petua yang paling berkesan ialah macam mana nak pilih daging yang lembut semasa membelinya.
ReplyDeleteDaging tua (liat) dan daging muda (lembut) ada bezanya.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.